Majlis Persandingan antara anak sedaraku dan pasangan
Inilah dia mak andam aku...
Wajahku selepas di make over
Cucu sedara aku, Azwa...
Tanggal 29/03/2008 jam selepas solat Isyak, anak kepada sepupu telah selamat menjadi isteri kepada kekasih hatinya. Jadi, hari ini merupakan hari persandingan mereka dan aku macam biasa buat keje2 belakang tabir tapi keje2 tu aku dah buat semalam n hari ni aku jadi tetamu plak. Hehehe...
Sementara menunggu majlis persandingan tu, aku dan kakak sepupuku serta anak sedaraku lepak2 kat dalam bilik sambil tengok Melodi kat TV3. Dalam pada tengah2 tengok TV, anak sedara aku telah membuat make over pada wajah aku. Hmm... tak pasal2 wajah aku telah berubah hasil make over dia.
Wajahku selepas di make over
Bila dah siap di make overkan aku pun tengok la cermin apa dah jadi dengan wajah aku. Pergh!!!!! Lain giler la muka aku lepas mekap. Cantik jugak aku tengok. Pandai jugak la anak sedara aku mekapkan muka aku ni. Hehehe....
Cucu sedara aku, Azwa...
Selepas selesai anak sedara aku bersanding, aku lepak2 la dgn kaum keluarga sambil mendukung cucu sedara aku iaitu cucu pada sepupuku. Dalam pada aku tgh dukung tu, cucu aku ni terlelap kat dada aku. Alahai... ciannya cucu nenek ni tertido plak, penat sangat la tu. Oleh sebab kat luar panas, aku pun bawak dia masuk kat dalam rumah dan baringkan dia kat atas katil kat dlam bilik. Sebelum aku kuar nak balik, aku letakkan bantal di kiri kanan dia supaya dia tak jatuh sekiranya terjaga.
No comments:
Post a Comment