Saturday, March 08, 2008
Hari membuang undi
Hari ini merupakan hari membuang undi bagi rakyat Malaysia termasuk aku untuk memilih wakil2 kerajaan yang boleh memimpin kerajaan Malaysia. Kalo nak tau, arini jugak adalah kali pertama aku membuang undi. Rasa gementar jugak la sebab yelah aku kena memilih org yg betul2 layak utk memimpin rakyat so aku takut la kalo tersalah pilih dan silap pangkah.
Selepas aku dan family siap membuang undi, kitaorang terus balik kampung kat Taiping, Perak sebab malam ni mak sedara aku nak menikah dan esok hari persandingannya. Rasa seronok sangat sebab kat umah atok dah lama takde kenduri yang besar2 macam minggu ni. Dulu masa Pakdak Sabri kahwin, aku masih bebudak lagi so nak tolong org2 tua rewang tak boleh sebab diorang tak bagi tolong al-maklum jelah budak2 kan. Tapi, skang aku boleh tolong diorang terutamanya Acu sebab aku boleh jadi pengapit dia. hehehe...
Lagipun aku nak kena ready jugak sebab sok aku kena Khatam Quran bersama2 dgn sepupu dan adik aku. Okeylah.... Skang ni aku nak kena tolong make up kan Acu sebab utk majlis nikah malam ni Acu takde mak andam. Nak tak nak aku la yang kena. Hmmm.... apelah yang jadi kan..?????
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment