Tuesday, February 26, 2008

# MaXiS bArU

Inilah simpack dan # maxis aku yg baru

Hari ahad lepas, aku baru beli simpack Maxis yang baru sebab aku nak tukar no tepon. Memandangkan ramai member2 aku complain fasal aku pakai line Johor so cost tepon tu tinggi disebabkan itulah yang aku nekad nak tukar no. Tapikan bukan disebabkan no tepon aku tu line Johor tapi sebenarnya aku nak lari dari seseorang.

Tu yang hari Ahad lepas aku beli simpack maxis yang baru dan yg best tu “best-friend” aku yang pilih no tepon utk aku. So skang ni hanya dia jer yang ada no maxis baru aku selain family dan member2 rapat aku. Oleh sebab kredit kat no yg skang ni ada lagi so aku xde la guna no yang baru. Mungkin bln depan kot baru aku pakai no baru dan semestinya yg aku akan call dulu adalah family aku dan dia pastu baru aku call member2 yg lain.

Aku harap lepas ni xdelah gangguan2 dari sesiapa lagi especially org yg dah bertunang tu. Aku bukan apa, aku takut dia cari aku lagi di saat2 aku telah berpunya ataupun di saat2 aku sedang gembira dgn hidup aku sekarang ni. Dia akan hubungi aku sekiranya dia mempunyai masalah dan kemudian bila dia senang dan gembira, aku dibiarkan macam tu jer.

Hmmm... nak buat mcm mana kan. Nak tak nak terpaksalah aku menukar no tepon supaya dia mahupun orang yang tak dikenali menghubungi dan juga mengganggu hidup aku.

No comments: