Thursday, February 14, 2008

Perhimpunan Bulanan PSA

Gelagat staff PSA sebelum dan selepas Perhimpunan Bulanan

Jam 8.00 pagi tadi, bahagian aku iaitu Bahagian Perancangan Strategik & Antarabangsa Aras 13 & Aras 14 menjadi hos bagi Perhimpunan Bulanan Bersama dengan Ketua Setiausaha Kementerian. Hari ini jugak merupakan first time bahagian aku ada koir sendiri tau. Dahlah kitaorang ni sume tak pernah menyanyi so kitaorang pun training la nyanyi lagu patriotik sejak 2-3 hari lepas.

Semalam plak hari terakhir kitaorang sume training nyanyi tau. Pergh!!! Rasa takut la plak nak nyanyi depan orang ramai tapi td diorang cakap ok jgk Bahagian PSA nyanyi koir. Lepas jer abis nyanyi dan KSU start berucap, peserta2 koir yg td nak nyanyi lagi kat atas pentas. Rasa macam tak puas jer. Al-maklumlah, masing2 dah seronok nak menyanyi termasuklah aku. Hehehe...

Lepas segala-galanya berakhir, kitaorang pun bergambar kenangan kat depan pentas yang telah dihias cantik2 semalam. Jadi, macam biasa la... gambar aku mestilah sikit jer sebab aku asyik amik gambar orang sampai sendiri punya gambar takde setakat sekeping dua tu adalah. Ape2 pun kitaorang kat Bahagian PSA ni puas hati dengan segala apa yang dirancang berjalan dengan lancar dan mendapat pujian dari KSU. Hehehe...

1 comment:

Anonymous said...

i likeee... :)