Monday, March 10, 2008

GeLaGaT iNsAn TeRsAyAnG

Gelagat2 di Majlis Kawen Acu

Hari Sabtu yang lepas, ibu saudara aku iaitu Acu Dayah telah selamat bergelar isteri dan keesokkan harinya iaitu hari Ahad merupakan majlis persandingan Acu dan Pak Usu. Masa malam pernikahan Acu, aku telah menjadi mak andam terjun. Hehehe... Tak fasal2 aku disuruh mekapkan Acu sebab masa malam tu mak andam takde dan nasib baik ok.

Sebaik sahaja upacara membatalkan air sembahyang, aku dan adik2 sepupuku membuat macam2 pose kat pelamin. Selepas majlis persandingan Acu hari Ahad tu, kitaorang sekali lagi membuat pelbagai pose kat pelamin. Kelakar sangat masa tu sebab kitaorang telah menghuru-harakan pelamin yang tersergam indah kat ruang tamu. Pengantin dan rombongan sibuk makan, aku dan adik2 sepupuku plak sibuk berposing kat pelamin.

Oleh sebab ada adik sepupuku yang sebaya iaitu Amir (anak Pak Lang) dan Shahira (anak Pak Dak), so aku telah menjadikan mereka sebagai “pengantin cilik”. Disebabkan Mak Lang aku sibuk mengambil gambar Acu dan Pak Usu, aku pulak sibuk merakan gambar anankya tengah berdua2an di atas pelamin dgn anak Pak Dak. Seronok sangat masa tu sebab aku jadi budak2 semula sebab sepupu2 aku sumenya budak2 lagi. Hehehe...

No comments: