Thursday, October 09, 2008
5 hari berhari raya
Story raya 5 hari yg lepas
05/10/2008 - Aku tak pegi mana la pd tarikh ni sbb mak n abah nak p menjemput kat sekitar Tanjung Karang hinggalah ke Sabak Bernam. Sambil2 tu mak n abah aku kena hantar adik aku ke asrama sbb sok dah start sekolah. Oleh kerana yg pegi ikut mak tu adik perempuan n Maklong aku so, aku kena la dok umah tp bkn umah aku sebaliknya umah Maklong utk temankan Paklong aku yg sakit. Oleh kerana aku malas nak drive ke sana, so aku suruh mak aku bgtau kat abg aku spy amik aku kat umah. Dari aku dok sesaje aku bawak la sekali beg ajaib aku yg berisi laptop utk aku buat la ape2 yg patut termasuklah assignment aku yg tak berapa siap tu.
06/10/2008 - Kebanyakkan orang kat opis dh start keje dan tak kurang juga yg masih bercuti. Aku ingatkan kafe dah buka so bleh la nak sarapan tp bila opis mate aku bgtau yg kafe tutup dan esok baru buka alangkah keciwanya. Kalo aku tau kafe tutup, aku leh la beli sarapan kat Petronas sbb member yg tumpang aku tu masih lg cuti. Dalam kul 8.00 pg, aku ngan salah sorang member opis kuar p Presint 9 utk beli sarapan dan tengahari plak nak kuar p makan kat Alamanda.
07/10/2008 - Oleh kerana keta aku dah berminggu2 tak cuci, so aku amik keputusan utk cuci keta. Mulanya aku ingat nak p cuci keta kat area2 Putrajaya tp mana la ada jadi, bersama2 dgn Eiyja aku p Dengkil utk cuci keta. Elok jer abis orang tu cuci keta aku, hujan pun turun. Isk..Isk.. sedih giler tp xpe sekurang2nye keta aku cantik la sket dr seblmnya. Hehehe.. Sementara tunggu keta siap dicuci, aku p pejabat pos kat sblh tmpt aku cuci keta tu utk amik rebet. Mulanya ingat nak bagi balik kat mak tp xdpt nk bg sebab aku kena beli brg utk jamuan raya minggu ni. Cian kat mak... Akak janji insyaallah ada rezeki lebih akak bg balik kat mak ek..
08/10/2008 - Tengah lepak2 kat opis sambil buat keje, tetiba Kak Shidah tanya samada nak ikut p umah Kak Zety ke tak. Disebabkan nak tengok Nabil, aku pun setuju la nak ikut p umah Kak Zety dan sambil2 tu bleh la jalan raya n hantar kad jemputan kawen adik aku pd dia. Kitaorang p sana masa waktu rehat tengahari sbb Kak Zety dh siapkan makanan tghari kitaorang tp malang bg aku.... Nak tau nape??? Sebabnya Kak Zety buat spageti daging so, camne aku nak makan. Aku ni dhla xmkn daging jd..... aku makan spageti tu tp aku makan dgn sambal sardin. Hehehe... Sedap jugak makan spageti dgn sambal sardin. Kalo xcaye cuba la try test. Kompom terangkatnyer la.. Hehehe....
09/10/2008 - Balik keje ptg td, aku terus singgah kat Giant utk shopping barang2 yg nak dibawa masa jamuan hari raya esok. So, xpasal2 kenalah aku guna rebet petrol yg aku amik smlm. Mulanya nak kena bagi kat mak tp jamuan punya pasal kenalah postpone. Hehehe... Balik dari Giant kena pegi pasar malam plak sebab nak kena beli ayam. Kat Giant td ayam dier tak berapa fresh, nasib baik la ada pasar malam kat umah kalo tak dah kena p Mydin Subang Jaya plak...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment