Saturday, October 04, 2008

Raya kat Banting n Keramat

Untuk perjalanan raya arini, kitaorang memilih utk beraya di sekitar Banting, KLIA n Keramat.

Posing dulu sblm pegi beraya

So, mula2 skali kitaorg ke Kg. Sri Cheeding. Kat sana kitaorg beraya kat 3 buah rumah iaitu umah Tok Long, umah Atok Katan n umah Pak Cik Zahar. Actually sambil2 raya tu mak n abah nk menjemput sekali sbb adik aku nak kawen bln 11 nti. Tp, kali ni aku tak drive sbb adik aku yg drive maklumlah dia yg nak kawen so terpaksalah dia ikut skali kalo tak confirm org mesti ingat aku yg nak kawen. Tak ke haru dibuatnyer...Hehehe...


Lepas Sri Cheeding, kitaorg pn teruskn perjalanan ke Kanchong Darat tp sblm tu kitaorg singgah dulu kat Jugra umah sepupu aku. Elok 1/2 jam kitaorg kat Jugra, mak aku dpt call dr sepupu aku dr Indonesia mengatakan yg dia dh ada kat depan umah so, kitaorg pn terpaksalah batal separuh dr rancangan dan balik ke umah selepas makan tghri kat umah abg aku.

Inilah sepupu aku yg dtg dr Indonesia bersama anaknya

Dlm kul 5.30ptg, aku n family termasuk sepupu aku tu pegi umah Makteh kat Keramat. Meriah giler sbb semua abg2 n kakak2 aku termasuk anak2nya ada sekali. Havoc giler bagai nak pecah umah tu dibuatnyer....

Inilah abg aku, Soffie namanya

Romantiknye mereka... Hehehe... Sebenarnya mereka berdua, Nizam & Aleya, ni 2 pupu sbb antara aku dgn ayah Nizam n Mak Aleya sepupu. Nampak mesra kan padahal mereka berdua ni baru first time jumpa. Aleya ni speaking orgnye mana taknya sejak lahir dia dok kat London sbb ayah dia sambung belajar. Apalg dioarg ni berinteraksi macam ayam dgn itik tau sbb sorg cakap melayu sorang lagi cakap omputih.

Mesra betul mereka ni... Nizam & Aleya

Gelagat-gelagat kaum keluarga di umah Makteh


Bergambar kenangan sebelum balik

Habis sesi bergambar, kitaorang pn balik sbb sok nak kena hantar adik aku kat asrama di Sabak Bernam. Dh sampai separuh jalan payung yg kitaorg bawak td dh tertinggal kat umah Makteh sbb masa dtg td ujan lebat. Hehehe...

No comments: