Thursday, May 28, 2009

HePi BeSdAy MaMa!!!!!


"HAPPY BIRTHDAY TO YOU,

HAPPY BIRTHDAY TO YOU,
HAPPY BIRTHDAY DEAR MAMA,
HAPPY BIRTHDAY TO YOU"

"ALLAH SELAMATKAN KAMU,
ALLAH SELAMATKAN KAMU,
ALLAH SELAMATKAN PN. ROKIAH,
ALLAH SELAMATKAN KAMU"

Mak memotong kek besday

Semalam merupakan besday mak yg ke 49 tahun dan aku telah membuat kejutan kat dia dgn menghantar sebiji kek kat opis dia melalui kawan aku yg keje berhampiran dgn opis mak. Mulanya aku nak buat kejutan pada mak melalui panggilan kejutan Sinar FM tp tak jadi so, aku pun buat kurier kek melalui kawan aku. Seperti yg dijangka mak betul2 terkejut dan terus call aku. Hehehe... Nampaknya surprise aku menjadi. Kwang...Kwang...Kwang...

Buat mak, ini aje yg mampu diberikan pd tahun ni. Doa akak utk mak "Semoga Panjang Umur dan Dimurahkan Rezeki". "SELAMAT HARI LAHIR MAK!!!!!"

p/s: Gambar kek tu kwn mak yg amik guna hp masa kat opis dia.

Tuesday, May 26, 2009

Tasik Idaman

Sejak Pet pindah ke tempat asalnya di Kota Kinabalu, Sabah, aku dan Eiyja susah nak jumpa dgn dia. Kalo dia dtg kursus kat sini pun tak sempat kitaorang nak jumpa sbb aku sibuk dgn kelas. Kebetulan semalam bila Pet dtg sini aku xde kelas so bleh la kitaorang jumpa. Lepas abis keje, aku g amik Pet kt Parcel C dan terus ke umah Eiyja sbbnya Eiyja dh tunggu kitaorang kat umah dia.

Tak lama lepas kitaorang sampai umah Eiyja, Eiyja pun sampai la then kitaorang terus pindah keta dr keta aku ke keta Eiyja utk ke tempat makan yg telah aku dan Eiyja rancang iaitu TASIK IDAMAN. Mulanya kitaorang bertiga jer nak pegi tp last minit tunang Eiyja, Dlu, ikut kitaorang sekali.

Sampai jer kat Tasik Idaman, kitaorang tak sangka yg tempat tu dh banyak berubah almaklum la dh lama sangat aku tak dtg kat situ. So, banyak la berubah dan makin cantik aku tengok tempat tu. Nasib baik aku bawak kamera so, blh la kitaorang berposing sbb bkn senang nak jumpa dgn Pet lg.

Sebaik tiba di Tasik Idaman dan tanpa mereka berdua sedari, aku telah snap sekeping gambar mereka dr belakang masa nak cari tempat duduk.

Eiyja & Petronella

Sementara menanti makanan sampai, kitaorang sempat lg berposing.

Eiyja & Dlu dan juga aku, Pet dan Eiyja

Sebelum makanan sampai, minuman dulu sampai so, Pet dgn rajinnya menuangkan air ke dalam cawan utk kitaorang.

Hmm... Rajinnyer dier.....Hehehe

Bila makanan yg kitaorang pesan sampai, si Dlu awal2 dh sambar Ikan Siakap 3 Rasa sblm kitaorg belasah ikan tu. Tgk je la gaya dia tu macam nak di ciumnye ikan tu. Lapar sangat la tu....

Telatah Eiyja yg masam mukanya dan Dlu yg geram tgk ikan

Sekarang adalah masa untuk makan makanan yg dipesan sampai penuh meja dibuatnya. Makanan yg ada sume diorder oleh Dlu dan kitaorang ikut jer sbb ape yg dia order amat2 menarik. Hehehe...

Makan time.....

Lepas makan, kitaorang balik semula ke Putrajaya dan aku terus ikut Eiyja balik ke umah sewa dia utk tolong dia memindahkan barang2 dr umah sewa ke kuarters. Lepas abis angkat barang, aku dan Eiyja terus balik tido kat umah sewa Eiyja sbb kuarters tu Dlu yg tinggal.

Saturday, May 23, 2009

Balik Kampung

Oleh kerana dh lama tak balik kampung, so arini kitaorang pun balik kampung. Kitaorang sampai lebih kurang kul 3.00 pg td pastu terus sambung tido. Dh ptg2 sket kitaorang gi jalan2 kat Taiping pastu terus gi pasar malam kat Kamunting.

Masa tgh jln2 kat pasar, kitaorang ternampak satu tempat yg sangat2 ramai org so, kitaorang gi la kat situ dan tgk ada org buat pertunjukkan ular. Nasib baik aku bawak kamera plak masa tu dan dpt la aku snap beberapa keping gambar.

Ular Tedung Selar yg menanti mangsanya

Ular ni tegak berdiri walaupun tanpa kaki...hehehe..

Dh puas tgk ular tu, kitaorang terus shopping bahan makanan kat pasar malam pastu terus balik sbb takut opah tercari2 kitaorang plak.


Monday, May 18, 2009

PC Blackout!!!!!


Tension giler dibuatnyer bile pc tetibe jer blackout.. Pagi td elok jer aku buat keje n layari internet.. Tup..Tup..Tup.. Lepas rehat terus padam pc aku.. Pergh!!! betul2 mencabar iman dan minda tau...

Dah la kat pc tu macam2 ada...Hmmm...nampaknya aku kena ar beli external hard disk cam Kak Shidah, kalo tak abis sume gambar2 aku kat dalam pc tu... ARRRGGHHHH!!!!!!! TENSION NYER!!!!!!


Sunday, May 10, 2009

Exam, Amir & Ikan Spa

Akhirnya berjaya jugak aku menghabiskan semester 2 dengan tamatnya paper exam yg terakhir pagi tadi. Terasa begitu lapang fikiran aku sbb segala beban kat otak dah aku keluarkan kat dalam kertas jawapan peperiksaan. Hehehe...

Seperti semalam jgk, mak amik aku kat kampus selepas habis exam dan pastu kitaorang terus gi makan kenduri kat Kg. Idaman. Lepas abis makan, kitaorang gi pulak Jaya Jusco Taman Enquine utk bagi ikan makan kaki. Hehehe... Mula2 tu geli pastu lama2 ok jer dan makin seronok plak sbb lepas tu rasa macam ringan jer kaki.

Ikan hurung kaki kami bertiga

Lepas gi Jusco, kitaorang gi plak umah Kak Ila kat Putrajaya utk tengok anak dia sbb dia baru jer dpt baby. Nama anaknya ialah Muhammad Amir Rasyid Bin Rizal. Nama anak punya la panjang tp nama mak ngan ayahnya pendek jer iaitu Rizal Damirin & Nor Azila Baharom. Hehehe...

Aku dan Amir

Lepas dah makan2 kat umah Kak Ila baru ar kitaorang balik umah. Mulanya Abg Rizal tak bagi kitaorang balik tp disebabkan esok masing2 keje so kitaorang pun balik ar. Sampai umah aku terus bukak laptop dan terus update blog. Hehehe... Okay ar aku nak tido ni sok nak bangun cepat. Kwang...Kwang...Kwang...

Saturday, May 09, 2009

2nd last paper final exam...

Exam kali ni aku rasa macam sekejap sangat masa berlalu, tup...tup... arini dah paper yg ketiga yg aku duduki. Belum puas dan habis aku belajar dh nak kena jawab final exam. Masa aku masuk kat dalam dewan exam, aku ternampak sesorang yg cukup popular dgn lagu raya "SEPASANG KURUNG BIRU" iaitu Prof. Madya Khairil Johari Johar.

Selama ini aku hanya dengar lagu nyanyiannya dan juga melihat wajahnya di kaca tv sahaja tp, hari ini aku dpt lihat dia secara live. Mana taknya, dia merupakan salah seorang pensyarah muzik di UiTM Shah Alam tempat aku belajar skunk ni. Nasib baik hp boleh bawak masuk dewan exam tp dgn syarat ianya hendaklah diletakkan di bwh meja dgn silent mode so, dpt la aku snap gambarnya dari jarak yg tak berapa jauh. Hehehe....

Prof. di hadapan student2nya

Habis jer exam, aku terus meluru keluar sbb mak dah tunggu kat luar dewan nak amik aku sbb pg td mak aku hantar aku gi exam. Hehehe... Okay ar nak sambung study jap sbb sok last paper utk exam kali ni dan lepas ni MERDEKA!!!!!......

Friday, May 08, 2009

Besday Warga PSA Aras 14

Seperti sblm2nya, Bhgn PSA Aras 14 akan membuat satu majlis sambutan hari lahir bg sume staf PSA Aras 14 di mana chief dia adalah Pn Jam... Hehehe... Jgn marah ek Pn Jam....

Untuk hari ini sambutan besday ni adalah utk staff2 yg lahir dari Bulan Jan-Mei sahaja manakala yg lain akan dibuat kemudian. Sambutan besday kali ini kitaorg dapat sponsor satu kek dan menjadikan kek besday kali ini 3 biji. Kesemua kek2 tersebut sedap sekali sampai tak sabar rasanya nak makan.

Kek besday warga PSA Aras14

Besday boy n girl warga PSA Aras 14

Selepas acara memotong kek dan makan, aku terus ke meja utk berehat sambil menelaah buku sekolah sbb esok aku ada exam utk paper yg ketiga dan ari Ahad plak last paper. Okay ar aku nak sambung study ni dan mudah2an aku bleh jawab...Doakan aku ek kengkawan...

Thursday, May 07, 2009

Nilai 3

Tengahari tadi, aku, Kak Ma dan Eiyja ke Nilai 3 untuk membeli hadiah buat staf2 PSA Aras 14 sempena dengan besday masing2 setiap bulan. Sambil2 tu aku tgk2 jugak langsir kat kedai yg selalu aku n family pegi manalah tau kot2 ada yg terbaru boleh ar beli utk raya tahun ni. Hehehe...

Masa aku kat kedai langsir tu, aku telah terpandang satu comforter set yg sangat cantik dan harga dia pun boleh tahan gak. Tp disebabkan aku dah biasa beli kat situ so, aku dapat harga yg murah sket. Konon2nyer taknak shopping last2 tershopping gak walaupun satu brg jer...

Sebelum balik ke Putrajaya, kitaorang masuk kedai yg terakhir sbb dh jumpa brg utk hadiah besday staf2 PSA Aras 14. Sementara menanti Kak Ma membuat pembayaran di kaunter, aku sempat lg berposing kat dlm kedai tu sbbnya kat kedai tu ada kerusi yg cantik sangat. Hehehe....

Bestnyer dok kat sini

Bila sume urusan dah selesai, kitaorang pun balik ke Putrajaya dan tak lama lepas tu time keje aku pun habis dan aku terus balik ke umah. Hahahaha.... Hampir sehari aku tak lekat kat opis. Wakakakaka....

Sunday, May 03, 2009

Alamak!!!!! Esok dah exam la plak....

Pejam celik pejam celik esok aku dah start exam. Pergh!!! Tension giler sbbnya tarikh exam antara satu paper ke satu paper yg lain sumenyer dekat2.. Tapi nak buat camner kan, dh namanya student so kenalah ikut jadual yg telah ditetapkan. Inilah jadual2 exam aku:-

Bil.

Kod Kursus

Nama Kursus

Tarikh Peperiksaan

1.

MKT 243

Fundamentals of Marketing

04/05/2009

2.

ACC 115

Financial Accounting

06/05/2009

3.

CTU 151

Pemikiran Dan Tamadun Islam

09/05/2009

4.

BEL 260

Preparatory Course For MUET

10/05/2009


Aku amat berharap agar aku dpt menjawab sume soalan dalam sume subjek dengan mudah dan tenang. Okay la aku nak sambung study ni sok pagi dah start first paper. Doakan aku berjaya ye kengkawan.

Friday, May 01, 2009

Jaya Jusco Bukit Tinggi, Klang

Selalunya cuti2 ni aku lepak2 kat umah jer tp disebabkan aku nak cari kasut dan kebetulan adik aku pun balik so, kitaorang pun kuar ar p Jusco Bukit Tinggi. Masa tgh syok jalan2 aku terpandang tempat permainan kanak2 dr tingkat atas Jusco. Dgn pantas aku snap gambar tempat permainan tu sbb tgk cantik jer. Hehehe....



Alamak!!!!! Bestnyer rasa macam nak p join jer kanak2 riang ni main2 kat situ. Tp nanti kang org ckp aku ni dh buang tabiat agaknya... Tu yg aku snap jer gambar ni guna hp. Huhuhu....