Saturday, May 09, 2009

2nd last paper final exam...

Exam kali ni aku rasa macam sekejap sangat masa berlalu, tup...tup... arini dah paper yg ketiga yg aku duduki. Belum puas dan habis aku belajar dh nak kena jawab final exam. Masa aku masuk kat dalam dewan exam, aku ternampak sesorang yg cukup popular dgn lagu raya "SEPASANG KURUNG BIRU" iaitu Prof. Madya Khairil Johari Johar.

Selama ini aku hanya dengar lagu nyanyiannya dan juga melihat wajahnya di kaca tv sahaja tp, hari ini aku dpt lihat dia secara live. Mana taknya, dia merupakan salah seorang pensyarah muzik di UiTM Shah Alam tempat aku belajar skunk ni. Nasib baik hp boleh bawak masuk dewan exam tp dgn syarat ianya hendaklah diletakkan di bwh meja dgn silent mode so, dpt la aku snap gambarnya dari jarak yg tak berapa jauh. Hehehe....

Prof. di hadapan student2nya

Habis jer exam, aku terus meluru keluar sbb mak dah tunggu kat luar dewan nak amik aku sbb pg td mak aku hantar aku gi exam. Hehehe... Okay ar nak sambung study jap sbb sok last paper utk exam kali ni dan lepas ni MERDEKA!!!!!......

No comments: