Wednesday, August 19, 2009

Majlis Bacaan Yassin dan Tahlil


Seperti tahun2 yg lepas, semua staff di Bhgn PSA Aras 14 telah bersetuju utk membuat dan membawa juada masing2 sempena Majlis Bacaan Yassin dan Tahlil dan juga sempena nak menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak hujung minggu ni. Nasib baik aku bawak kamera arini kalau tak confirm tak dpt nak amik gmbr diorang yg pelbagai karektor lebih2 lagi time makan. Hehehe.... Jangan marah ek kengkawan....

---> Sebelum majlis

Semua staff PSA Aras 14 telah dijemput hadir bagi memeriahkan majlis bacaan Yassin ini. CC Shahrul mewakili tuan rumah telah bersiap sedia di pintu masuk Bilik Mesyuarat Aras 14 untuk menjemput masuk para jemputan. Hehehe... Jangan marah ye CC...

Para jemputan memenuhi tempat yg disediakan

---> Semasa majlis

Minta maaf ek kitaorang sume tgh khusyu' baca Surah Yassin so takde gambar la utk itu....->

---> Makan time

Selesai membaca Surah Yassin, para jemputan dijemput makan dengan pelbagai hidangan yang amat menyelerakan hasil masakan dari staff2 PSA Aras 14 termasuklah aku..


Pelbagai juadah disediakan

Sume staff PSA Aras 14 ni tak boleh tengok makanan sampaikan tak sedar yg wajah2 mereka telah dirakam oleh aku tanpa mereka sedari. Hik...Hik...Hik... Kelakar beb....

Gelagat staff PSA Aras 14 masa makan...

Dikesempatan ini ingin aku mengucapkan "SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK" kepada sume umat Islam di seluruh negara. Semoga puasa kita akan sentiasa diberkati. PUASA TAU JANGAN TAK PUASA PLAK kecuali ada sbb ok...

2 comments:

Nurul said...

rindu ngan kemeriahan aras 14, psa.kim salam yer

Sleepyhead said...

Alahai... macam nak tidor je muka saya kat situ hahaha :-P