Monday, April 20, 2009

Pesta Buku Again!!!!!

Setelah segala urusan aku settle, aku terus pegi PWTC utk ke pesta buku sbb aku bosan dok kat umah sorang2 so, aku pun drive ar ke PWTC sorang2 nak ajak member sumenyer keje. Bila dah dapat ape yg dicari, aku pun balik ar tapi sebelum sampai umah aku singgah p cari makanan dulu sbb dh lapar padahal sblm p KL td dah makan dgn abah. Hehehe...

Masa aku sampai kat PWTC tu, aku tgk punya la ramai umat manusia kat situ sbbnya ada convocation kat situ dan kebetulan plak Pak Jang aku ada kat PWTC menghadiri convocation anaknya dan nasib baik aku tak terserempak dgnnya.

Sekali lagi aku memborong 4 buah novel lagi dan membuatkan aku telah memborong 9 buah novel pada pesta buku kali ini. Novel2 yg aku beli ni sebenarnya novel2 yg aku dah baca masa aku pinjam dr Arwah Kak Nor dulu. Setiap kali aku melihat dan membaca novel2 tu ianya akan membuat aku sentiasa ingat akan segala kenangan bersama dgn arwah.

Inilah novel2 yg aku beli

Masa aku nak balik td, ada satu kumpulan realiti yg akan buat persembahan iaitu Kumpulan Cham dr Program Raja Lawak 2 tp disebabkan nak cepat sbb takut jalan jammed aku pun terus balik dan tak tunggu diaorang buat persembahan.

Nasib baik aku cepat kalo tak confirm skunk ni tak sampai lg sbb jln jammed. Hehehe... Best sangat dapat pegi ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009 kali ni sbb novel2 yg aku dijual dgn harga yg murah dr biasa. Next time kalo ade aku nak p lagi la... Seronok sangat.....

No comments: