Friday, May 28, 2010

Besday Mak


"ALLAH SELAMATKAN KAMU,
ALLAH SELAMATKAN KAMU,
ALLAH SELAMATKAN MAMA,
ALLAH SELAMATKAN KAMU"

'Semoga Panjang Umur & Dimurahkan Rezeki'

Birthday mak kali ni kitaorang celebrate kat Restoran Nelayan di Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur atas tajaan abah. Hehehe... Kitaorang pegi sana pun selepas Kak Eton balik dari keje dan kebetulan plak arini aku tengah cuti semester kalo tak, kitaorang kena pegi time hujung minggu la sbb aku ade kelas... Hehehehe....

Aton & Puasa di depan signboard RESTORAN NELAYAN

Masuk jer kat restoren tu, kitaorang terus duduk kat tempat yang disediakan (tempat telah dibooking). Bila duduk jer waiter terus dtg amik order minuman pastu mak ngan adik aku g amik makanan (seafood) utk steam sbb kitaorang makan steamboat. Hehehe....

Bila dah sume benda makan diambil, si Puasa sibuk plak nak ambil udang tu. Tengok jer la gambar kat bawah dan nasib baik mak sempat pegang tangan dia kalo tak abis la udang tu dikerjhakannya...Hehehe...

"Jangan nak mengada2 usik udang tu ek...." marah mak.
"Amik yg nie takpe ye Puasa...." jawab Aton.

Khairul Nizam Ramadhan a.k.a Puasa menunjukkan giginya...

Sementara menunggu makanan laut yg tgh di steam tu masak, aku snap la gambar ngan puasa secara automatik tp malangnyer dia tak pandang kamera pun. Huhuhuhu....

Aku dan Puasa

Tak lama kemudian, makanan laut kitaorang pun masak so.... MAKAN TIME...

Abah & Mak the birthday girl....

Inilah menu makan malam kami sekeluarga...

Tengah2 dok makan, Aton plak sibuk menyakat si Puasa dgn udang. Terkelip2 mata si Puasa tu ntah kan takut ke ntah kan suka... Hahahaha....

Aton cakap kat Puasa : "Udang...... Makan Puasa nih...."

Selesai jer makan, kitaorang pun terus balik umah. Mula2nyer aku ingat nak jalan2 kat KL tp terpaksa dibatalkan sbb dah mengantuk sesangat. Hehehe....

Monday, May 24, 2010

Jamuan

Untuk sekian kalinya, Bahagian Perancangan Strategik Dan Antarabangsa Aras 14 membuat jamuan makan-makan sempena ape aku terlupa la plak tp yang pastinya ada sebiji kek di atas meja mungkin sambutan harijadi kot. Hehehehe....

Kek Birthday kot....Lupa la plak...hehehehe

Disebabkan tak ramai staf2 PSA yg hadirkan diri so, aku pun cantum2kan aje la gambar2 diorang. Next time aku ambil gambar staf2 PSA ni banyak2 ek....

Bermacam2 ragam staf2 PSA yg boleh dilihat ketika mereka makan...

Diorang ni tak sedar yg gambar diorang dirakam...hehehehe

Next time kita tgk lg ragam staf2 PSA ketika jamuan dan dot dot dot.....Hahahaha...

Saturday, May 22, 2010

SJMC


Pagi tadi aku ngan adik aku ikut mak ngan abah ke Subang Jaya Medical Centre (SJMC) sbb mak aku ade appointment dgn doktor utk buat fisioterapi. Nak tau sbb ape mak kena buat fisio... Sebabnya pinggang dia sakit tak boleh nak bongkok, lagipun aritu pinggang dia tergeliat cket masa nak bangun dari kerusi kat opis.

Disebabkan bosan dok umah so, kitaorang pun ikut ar mana bleh biarkan mak ngan abah jer pegi. Hehehehe.... kitaorang kat anak mak so, mana mak pegi kitaorang ikut la except gi toilet ar. Hehehehe...

Kak Eton kat depan pintu masuk klinik fisio....

Sementara menanti mak selesai fisio, macam biasa ar aku ngan Kak eton berposing la tp nih jer gambo yg boleh dipublish sbb gambo nih jer yg cun... Hehehe...

Posing ala2 model gitu.... Hehehehe.....

Selesai urusan di SJMC, kitaorang terus pegi ke kedai makan utk sarapan + makan tengahari... Hehehe.... Lepas makan balik umah dan tido....Wakakaka....

Thursday, May 20, 2010

Appointment HTAR


Seperti bulan2 yang lepas, aku dikehendaki menjalani rawatan dari pakar di Klinik Obstetrik Dan Ginekologi, Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang. Biasa la kalo dah sakit bab2 perempuan nih mmg ar kena gi klinik ni.Hehehe....

Disebabkan appointment aku pg td jam 10.00pg, aku pun sempat ar snap gambar klinik nih guna hp tu pun tak berapa clear tp hentam jer la labu. Hehehehe.... Dh dekat tghri baru nombor aku dipanggil utk jumpe doktor. Penat tu tunggu lama2... Nak g makan kang tak pasal2 berat naik plak biler timbang so nak tak nak kena la tunggu sampai nombor kena panggil walaupun perut dah berkeroncong minta diisi...

Inilah kaunter kat Klinik O&G HTAR, KLANG

Bila dah sampai giliran aku, aku pun gi la masuk jumpa doktor pastu abis jer checkup, aku terus balik umah tp sebelum tu gi sarapan dulu sbb dah lapar sangat. Petang sket aku gi umah bakal mak mentua aku kat Banting jap utk hantar laptop n printer kat tunang aku sbb dia nak guna. Masa aku on the way pegi sana, cuaca mendung macam nak hujan jer tp nasib baik sempat sampai kalo tak masak la aku sbbnya keta aku takde aircond. Hehehehe....

Elok aku sampai jer kat umah bakal mak mentua aku, hujan turun dgn lebatnyer dan sampai skrg pun belum reda. Sementara menanti hujan berhenti aku pun surf2 la internet dan sambil2 tu update ar ape2 yg patut.

Hmmm.... k la nak stop kat sini sbb nak kemas ape2 yg patut sbb tgk hujan macam nak berhenti... Sambung next story... Babai....

Monday, May 17, 2010

Jambatan Klang dah siap....

Akhirnya setelah berbulan2 lamanya penduduk Klang menempuh jem hari2, kini mereka semua termasuk aku boleh menarik nafas lega sbb jambatan yg berada di tengah2 Bandar Klang telah pun siap dibina tp hanya laluan dari Kuala Lumpur ke Pelabuhan Klang saje yg telah siap dibina. Laluan dari Pelabuhan Klang ke Kuala Lumpur masih lagi dibina dan penduduk2 Klang yg hendak menghala ke KL masih lg terpaksa menempuh jem di tgh2 Bandar Klang.

Walaubagaimanapun, aku berharap agar pembinaan jambatan tersebut siap tepat pada masanya bg mengelakkan org2 Klang nih terpaksa keluar awal utk ke tempat kerja (macam aku la...hehehe). Bila dah siap nti takde la org luar pening nak cari jalan ke Pelabuhan Klang lg dan juga tak payah nak tempuh jem yg memakan masa yg lama.

Semoga pembinaan tersebut cepat siap... Yeyeyeye.... Balik keje tak payah tempuh jem lg... Yippi......

Sunday, May 16, 2010

RoBiN hOoD

Disebabkan bosan dok kat umah, aku dgn tangan yang gatal terus mem'booking' tiket wayang citer Robin Hood secara online dan tak sangka approve plak so, pas booking tiket terus siap2 utk gi tgk wayang. Mulanya aku ingat abah nak ikut sekali jadi, aku booking la 4 tiket tp last2 baru aku tahu yg abah taknak ikut sbb ade urusan lain. Nak tak nak terpaksa la aku suruh adik aku bawak kawan dier.

Masa menanti wayang bermula, aku, mak, adik n kawannya pun gi la foodcourt utk minum2 dan masa on the way ke RASA, aku ternampak sebiji bola yg sangat besar so aku snap la sekeping guna kamera handphone. Aku terpikir gak nape ade belon besar pastu baru aku ingat yg tak lama lg ade FIFA World Cup. Patut la ade belon besar nih. Hehehe....

Belon Besar....

Pas dah hilang dahaga, kitaorang pun terus ke panggung sbb masa dah time. Hehehehe... Best sangat tgk citer ni nti leh la aku ajak abg gi tgk citer nih lagi. Citer dier ade adventure dan kelakar. Kalo nak tau gi la tgk ek...

Poster ROBIN HOOD

Friday, May 14, 2010

Hari Belia 2010 & Aqil

Masa aku sampai dkt opis pagi td, aku tgk banyak sangat khemah kat depan opis. Mulanya aku ingat ada program larian tp rupa2nya Kementerian Belia & Sukan buat Sambutan Hari Belia 2010. Kebetulan aku mmg bawak kamera so, aku snap la beberapa keping gmbr dr opis aku kat Aras 14 Wisma Tani Lot 4G1.

Belon Hari Belia 2010

Khemah2 yg ada bermula di hadapan Kementerian Belia hingga Tapak Pasar Tani

Litar Go-Kart

Sedang aku syok snap gambar, tetiba jer nampak Kak Sri Irdawati dtg ke opis dgn anaknya. Aku apalagi stop amik gmbr dan terus gi jumpa Kak Sri ngan anaknya. Bila dah stop amik gambar2 khemah Hari Belia, aku snap plak gmbr Kak Sri ngan anaknya, Aqil.

Kak Sri n Aqil

Staf PSA bergambar kenangan dgn Aqil

Yang ni plak konon2 keluarga bahagia...hehehe...

Comei sungguh Aqil sbb pandai berposing... CAYANG AQIL..... Bila nak dtg sini lg....

Sunday, May 09, 2010

HARI PEKERJA 2010


"SELAMAT HARI PEKERJA 2010"

Ditujukan khas utk staf2 MOA dan jgk semua pekerja2 di Malaysia....

Perhimpunan Hari Pekerja tahun ni telah diadakan di The Mines Resort City, Seri Kembangan, Serdang dan smlm merupakan kali pertama aku menghadiri perhimpunan seperti ini. Dapat gak la peluang utk merasai bagaimana perhimpunan seperti ini diadakan dan yg paling best sbb dpt baju free...Hehehehe.....

Disebabkan perhimpunan ni diadakan pd hari Sabtu so, aku ingat malas ar nak balik umah ari Jumaat tu tp disebabkan ade brg yg tertinggal lebih2 lg ubat jd nak tak nak kena la balik umah jgk. Pg2 hari Sabtu tu terpaksa la aku g opis mcm biasa dan elok jer aku sampai dan naik bas yg disediakan, bas pun terus bergerak ke The Mines Resort City dimana perhimpunan tersebut berlangsung.

Staf2 MOA yg hadir ke Perhimpunan Hari Pekerja 2010

Sebelum masuk dewan, aku dan rakan sejawat iaitu Kak Ara berposing seketika, al-maklum la first time masuk ke The Mines Resort City. Hehehe.....

Aku n Kak Ara

Selepas berposing, kitaorang sume dikehendaki masuk ke dewan dan yg tak berapa seronoknya tempat duduk utk MOA kat belakang berdekatan dgn pintu keluar dan tandas. Hmmm.... tak dpt dok kat depan pentas utk menyaksikan segala persembahan tp takpe nasib baik diorang sediakan skrin besar utk tontonan kami.

Pentas Utama

Backdrop Perhimpunan

Sementara menanti YAB Menteri Besar mengakhiri ucapan beliau, aku n Kak Ara mcm biasa la berposing la bg mengelakkan rasa mengantuk. Hihihihi...

Nih muka2 mengantuk...

Guna background kat camera bg elak mengantuk n tertido...

Bila dah selesai ucapan dan acara penyampaian hadiah, majlis pun bersurai dan makanan tghari disediakan oleh pihak penganjur. Sedap tuh....

Inilah makanan tghari kami...

Dah dpt makanan, kitaorang pun menaiki bas semula utk pulang ke opis dan seterusnya ke umah masing2.

Bergambar kat dlm bas masa on the balik opis

Sampai kat opis, aku amik keta dan terus balik tp tak terus balik umah sebaliknya aku g Banting utk beli kerepek dan aku singgah jap kat umah bakal mak mentua. Kebetulan adik abg ada dpt ar aku tgk Bushra. Hehehe... Agak ptg sket aku n abg gi jalan2 kat Pantai Kelanang dan kemudian singgah kat umah mak mentua Kak Ila. Al-maklum je la dh lama tak jumpa walaupun kitaorang satu tmpt keje. Hehehe...

Inilah dia BUSHRA HASANAH si pari2 kecil

Balik dr umah Kak Ila, aku balik semula kat umah abg utk hantar dia balik sbb dia ada perlawanan bola dan aku snap la gambar si Bushra sblm aku balik umah. Disebabkan abg gi main bola so, aku pun follow la dia skali tp takde ar gi stadium sebaliknya aku balik umah terus lgpun dh letih sesangat.

Sampai kat umah, mak n abah takde sbb gi kenduri kat umah pakcik sedara aku dan bila masa diorang balik pun aku tak sedar sbb dah terlelap. Hehehe....

Thursday, May 06, 2010

MeRdEkA!!!!! mErDeKa!!!!! MeRdEkA!!!!!


MERDEKA!!!!! MERDEKA!!!!! MERDEKA!!!!!

Akhirnya.....berjaya jgk aku menghabiskan final exam utk Sesi Jan-Apr 2010. Setelah hampir 2 minggu aku menelaah habis2an utk final exam, kini aku boleh menarik nafas lega selepas ianya berakhir semalam. Rentetan exam:

28/04/2010 - Rabu

First paper final exam aku pun bermula iaitu paper ECO 211 dan ianya bermula pd jam 2.15-5.15ptg bertempat di Dewan Annex UiTM Shah Alam. Aku telah tiba di depan dewan exam 1 1/2 jam lebih awal sbb nak elak traffic jammed di Bandar Klang. Bila dah sampai awal dpt la study utk terakhir kali sblm masuk exam. Seperti last semester, aku akan buat 2 panggilan penting sblm masuk exam iaitu call MAK & call ABG utk memohon doa restu. Abis exam terus balik umah sbb nak tgk drama ADAMAYA di TV3. Hehehehe...

03/05/2010 - Isnin

Kali ni 2nd paper lak iaitu paper MGT 269 dan ianya berlangsung jam 9.00-11.00pg di Dewan Raja Muda Musa di Seksyen 7, Shah Alam. Seperti biasa buat 2 phone call dulu sblm masuk dewan. Abis exam aku minta member aku hantarkan ke stesen komuter sbb masa gi exam td aku tumpang Kak Huda sbb nak elak jammed. Oleh kerana skunk ni komuter ade special train utk kaum wanita so takyah la berebut2 dgn kaum lelaki. Hehehe...

Signboard for LADIES COACH before entering the komuter

Papan tanda di dlm train

Aku di dlm train nak balik umah

Tp....dlm pada itu ade jugak seekor kumbang telah terlepas ke dalam LADIES COACH komuter dan siap tido lagi tak caye cuba tgk...

Jejaka tunggal di dalam LADIES COACH. Hehehe....

05/05/2010 - Rabu

Paper terakhir iaitu paper LAW 251 bertempat di Dewan Sri Budiman, UiTM Shah Alam jam 2.15-5.15ptg. Macam minggu lepas jgk, aku sampai awal di kampus dan sempat menelaah utk terakhir kali. Utk paper ni, soalan yg aku takut keluar time final exam benar2 keluar. Kengkawan2 aku last minute jugak menghafal nama2 kes dan section utk menjawab soalan tersebut dan alhamdulillah masing2 dpt jwb walaupun tak berapa confident termasuk la aku. Abis exam, member2 aku ajak gi makan dan lagipun mmg perut aku tgh lapar tahap gaban. Hehehe..

Begitu la cerita final exam aku utk semester 4 tahun ni. Hopefully keputusan exam akan memberangsangkan dan semoga pointer aku naik la semester ni. Amin....