MERDEKA!!!!! MERDEKA!!!!! MERDEKA!!!!!
Akhirnya.....berjaya jgk aku menghabiskan final exam utk Sesi Jan-Apr 2010. Setelah hampir 2 minggu aku menelaah habis2an utk final exam, kini aku boleh menarik nafas lega selepas ianya berakhir semalam. Rentetan exam:
28/04/2010 - Rabu
First paper final exam aku pun bermula iaitu paper ECO 211 dan ianya bermula pd jam 2.15-5.15ptg bertempat di Dewan Annex UiTM Shah Alam. Aku telah tiba di depan dewan exam 1 1/2 jam lebih awal sbb nak elak traffic jammed di Bandar Klang. Bila dah sampai awal dpt la study utk terakhir kali sblm masuk exam. Seperti last semester, aku akan buat 2 panggilan penting sblm masuk exam iaitu call MAK & call ABG utk memohon doa restu. Abis exam terus balik umah sbb nak tgk drama ADAMAYA di TV3. Hehehehe...
03/05/2010 - Isnin
Kali ni 2nd paper lak iaitu paper MGT 269 dan ianya berlangsung jam 9.00-11.00pg di Dewan Raja Muda Musa di Seksyen 7, Shah Alam. Seperti biasa buat 2 phone call dulu sblm masuk dewan. Abis exam aku minta member aku hantarkan ke stesen komuter sbb masa gi exam td aku tumpang Kak Huda sbb nak elak jammed. Oleh kerana skunk ni komuter ade special train utk kaum wanita so takyah la berebut2 dgn kaum lelaki. Hehehe...
Tp....dlm pada itu ade jugak seekor kumbang telah terlepas ke dalam LADIES COACH komuter dan siap tido lagi tak caye cuba tgk...
05/05/2010 - Rabu
Paper terakhir iaitu paper LAW 251 bertempat di Dewan Sri Budiman, UiTM Shah Alam jam 2.15-5.15ptg. Macam minggu lepas jgk, aku sampai awal di kampus dan sempat menelaah utk terakhir kali. Utk paper ni, soalan yg aku takut keluar time final exam benar2 keluar. Kengkawan2 aku last minute jugak menghafal nama2 kes dan section utk menjawab soalan tersebut dan alhamdulillah masing2 dpt jwb walaupun tak berapa confident termasuk la aku. Abis exam, member2 aku ajak gi makan dan lagipun mmg perut aku tgh lapar tahap gaban. Hehehe..
Begitu la cerita final exam aku utk semester 4 tahun ni. Hopefully keputusan exam akan memberangsangkan dan semoga pointer aku naik la semester ni. Amin....
No comments:
Post a Comment