Sunday, June 28, 2009

Senam Seni Malaysia + Zoo Negara

Semalam 27/06/2009, aku dan Eiyja serta beberapa org member opis (Kak Ara, Ain, Azmeena dan Khaty) telah diminta utk menghadiri satu program iaitu PROGRAM SENAM SENI 1 MALAYSIA yg dianjurkan oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), Kementerian Penerangan, Komunikasi Dan Kebudayaan Malaysia bertempat di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur jam 7.30 pg.

Oleh kerana skunk ni aku cuti semester so, aku pun gi tido kat umah Kak Ila di Putrajaya pd hari Jumaat 26/06/2009 sbb pg esoknya 27/06/2009 aku kena gi KL utk Program Senam 1 Malaysia dgn Eiyja. Kitaorang ke sana pun suami Eiyja iaitu Dlu yg hantar sbbnya kitaorang dh terlambat nak ikut staf2 MOA yg pegi dgn menaiki bas MOA. Sampai jer dkt dataran, kitaorang terus cari member2 MOA dan sempat ar jgk aku snap beberapa gambar sblm majlis bermula.

Suasana sblm bersenam

Seperti biasa bila dah ada kamera di tangan, kitaorang apalagi berposing la dulu sementara program bermula.

Inilah sebahagian staf2 PSA : dari kiri - Eiyja, Khaty, Azmeena, Kak Ara, Ain dan aku (Ct)

Bila habis jer program, kitaorang terus tunggu Dlu di McD utk breakfast sbb dh lapar dan lepas tu kitaorang terus pegi ke ZOO NEGARA utk jln2 cari pasal.

Bergambar di hadapan pintu masuk ke ZOO NEGARA

Disebabkan kitaorang sampai lebih kurang 11.00 pg, kitaorang terus ke tempat pertunjukkan singa laut dan kengkawan2. Sementara menanti pertunjukkan bermula, macam biasa la aku dan Eiyja berposing dulu. Hehehehe......

Posing adalah penting....

Cuba teka yg mana satu tangan aku...

Habis jer pertunjukkan tu, kitaorang terus g ronda2 melihat binatang2 yg ada di dlm zoo negara. Sambil tgk2 binatang kitaorang posing la apalagi sbb bukan selalu dapat g zoo tgk2 binatang2 yg ada di negara kita ni.

Posing selepas tgk pertunjukkan

Jalan2 tgk binatang + posing

Aksi2 yg agak menceriakan hari kami bertiga

Dah puas tgk binatang yg ada di zoo, kitaorang pun balik semula ke Putrajaya dan dlm perjalanan aku dan Eiyja tertido akibat keletihan dan membiarkan Dlu sorang2 berjaga sbbnya dia yg drive. Kwang8x.....

Bila sampai di Putrajaya kitaorang terus ke Alamanda plak utk makan sbb masing2 dh kebulur tahap maksima. Lepas makan balik ke kuarters Eiyja amik keta dan terus balik umah. Walaupun penat tp ianya tetap seronok sbb dah lama sangat tak hang-out dgn Eiyja sejak2 kitaorang dah start belajar.

Sunday, June 21, 2009

Tengok Kak Eton Kat Kem Askar

Pagi tadi (jam bape aku terlupe la plak) aku n family (mak n abah) pegi ke Kem Askar Wataniah Penang dari umah atok utk menghantar barang yg diminta oleh Kak Eton tempohari. Mula2 tu kitaorang tersesat la jgk sbbnya jarang sekali masuk Pulau Pinang kan lagipun selalunya kitaorang pegi kat Politeknik Seberang Prai jer.

Sampai jer kat dalam kem tu, tetiba jer Kak Eton dipanggil oleh koperalnya. Kitaorang ingatkan nape la dia dipanggil rupa2nya diorang tu nak kenakan Kak Eton sbb kebetulan arini adalah HARI BAPA SEDUNIA. Jadi, diorang tu denda Kak Eton supaya melaungkan ucapan "SELAMAT HARI BAPA" pd abah. Abis jer dia melaungkan ucapan tu terus jer nangis dan nasib baik aku bawak kamera so, dptlah tangkap gambar dia yg sedang menangis. Hehehehe..... Sowi Kak Eton sbb gmbr ko tgh nangis satu dunia tgk... Hahaha....

Kak Eton sedang dipujuk oleh abah

Mak pun tolong pujuk Kak Eton

Bila tangisan dia dah reda, koperal2 tu panggil dia balik dan ape yg diaorang ckp kitaorang tak tau la sbb jauh. Selesai jer urusan dia dgn koperal2 tu baruy la kitaorg makan bersama2 di bawah pokok. Hehehe.....

Ptg sket baru la kitaorang bertolak balik ke Port Klang semula sbb esok masing2 dh start keje. Ni pun kitaorang baru jer sampai tp disebabkan ada cite menarik yg berlaku arini so, aku pun publishkan cite ni kat blog aku. Hahaha..... Okay la aku nak tido ni kang besok bangun lewat plak.... Hehehe.... Babai...

Saturday, June 20, 2009

Norhana Syafie Khalisya

Hari ini Makteh Rahimi buat kenduri doa selamat dan juga cukur jambul utk cucu dia iaitu NORHANA SYAFIE KHALISYA, anak sulung Abg Sopi. Dengan kaki yg masih lg berbalut aku gagahkan jugak la utk membantu ape2 yg patut. Selepas selesai kenduri, aku dgn mak n abah pun terus ke Penang sbb nak kena hantar barang kat adik aku yg berada di Kem Regimen Askar Wataniah.

Inilah dia permata hati Abg Sopi dan Kak Shida - Norhana Syafie Khalisya

Abg Sopi dan Kak Shidah

Dari umah Makteh, kitaorang terus jer balik kampung dan esoknya baru ke tempat Kak Eton. Masa kitaorang sampai dkt Plaza Tol Jelapang sblm meneruskan perjalanan ke kampung, kitaorang terlihat satu kenderaan iaitu sebuah pajero yg secara tiba2 terbakar dibahagian enjin pajeronya. Nasib baik la org tu sempat bawak anaknya keluar dr kereta tu dan secara kebetulan ada lori bomba lalu dkt situ so diorang pun sekat la jalan dan bergegas membantu memadamkan kebakaran. Pihak PLUS jugak dengan pantas membawa alat pemadam api dan terus beri pada anggota bomba tersebut. Alhamdulillah, api berjaya dipadamkan sebelum ianya merebak dengan cepat.

Ini saje gmbr yg sempat aku amik dr dlm keta

Walaupun aku tak dpt nak tolong diorang, aku tetap risau sbbnya pemandu pajero tu membawa anak tp yg bagusnya dia pantas menyelematkan anaknya sblm api kian marak. Aku puji la sikap mereka terutamanya pihak PLUS yg amat pantas menghulurkan bantuan. Syabas dan tahniah diucapkan kepada pihak PLUS sbb bergerak pantas menghulurkan bantuan.

Monday, June 15, 2009

Kursus Integriti di Tekam, Pahang

Pada 10-13 Jun 2009 yg lepas, aku telah diminta untuk menghadiri KURSUS PENGUKUHAN INTERGRITI PERKHIDMATAN AWAM di FELDA RESIDENCE TEKAM, Pahang. Ramai la jugak yg pegi kursus ni termasuk la staf2 Jabatan/Agensi di bwh MOA tetapi dari PSA Aras 14 cuma aku sorang jer yg pegi. Tentatif program camni:

10/06/2009 - Bertolak dari Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani Malaysia (MOA) dengan menaiki bas kementerian ke Felda Residence Tekam, Pahang. Sampai jer dkt Tekam, kitaorang sume terus check in dan mkn tengahari. Lepas mkn, sume peserta kursus pegi ke chalet masing2 dan yg tak sangka tu tempat penginapan dgn tempat kuliah agak jauh sedikit. Dengan kaki yg sakit, aku paksa kan jugak la utk berjalan ke chalet. Malam plak sesi perkenalan dan pemberitahuan tentang kuliah yg akan bermula pd keesokan hari.

11/06/2009 - Kursus Pengukuhan Integriti Perkhidmatan Awam bermula. Kuliah ni bermula dr jam 8.00 pg hingga ke 11.00 mlm dan berhenti rehat pd jam 1.00 tghri dan juga 4.30 ptg. Pihak Felda Residence Tekam memberikan perkhidmatan pengangkutan kpd peserta kursus disebabkan ada antara peserta kursus yg sakit termasuk la aku (sebenarnya pihak urusetia kesian tgk aku jalan jauh sbb kaki masih berbalut akibat jatuh pelamin masa kenduri kawen Ija minggu lepas hehehehe.....) dan perkhidmatan ini akan diteruskan sehingga tamat kursus ni.

Inilah kursus yg dianjurkan oleh PSM, MOA

Inilah penceramah sepanjang kursus ini berlangsung

12/06/2009 - Kursus berjalan seperti biasa cuma sehingga jam 12.00 tghri sahaja sbb peserta2 kursus khususnya lelaki nak pegi sembahyang Jumaat. Lebih kurang jam 3.00 ptg, sume peserta kursus dibawa masuk ke GUA TERANG BULAN sebagai aktiviti riadah dan makan malam kitaorang di tepi swimming pool dimana pihak Tekam menyediakan makanan secara BBQ (makanan yg dipanggang). Malam plak, kursus seperti biasa sehingga jam 11.00 mlm.

Sebelum masuk ke dlm gua

Sume peserta berkumpul di hadapan pintu masuk gua

Sebahagian gambar dari pemandangan di dlm gua

Sewaktu keluar dari gua (tak padan kaki berbalut nak masuk gua jgk)

Posing dkt tangga dlm chalet sblm pegi kuliah

13/06/2009 - Akhirnya KURSUS PENGUKUHAN INTERGRITI PERKHIDMATAN AWAM ini berakhir juga dan sijil kursus ini telah diberikan pd hari yg sama. Lepas mkn tghri kitaorang sume bertolak balik ke Putrajaya. Inilah kursus yg paling seronok yg pernah aku hadiri sbb tak mengantuk sangat. Hehehe....

Sempat lg posing masa terima sijil kursus

Inilah peserta2 kursus yg terlibat

Bergambar kenangan di hadapan chalet yg aku duduki selama 3 hari

Aku rasa seronok sangat dpt mengikuti kursus ini sbb banyak pengetahuan yg diperolehi dan di samping itu juga tempat kursus sangat2 la menarik. InsyaAllah ada rezeki dan panjang umur aku nak ke situ lagi tp kali ni aku nak pegi bercuti dan bknnya berkursus. Hehehe....

Wednesday, June 10, 2009

My Bestfrenz Kawen 4-8/6/2009


Pada 4/6/09 hingga 8/6/09, aku telah berkampung di umah Ija di Tanah Merah, Kelantan sbb aku nak menghadiri majlis pernikahan dan persandingan dia kt Kelantan. Actually, aku sebenarnya tak pernah tgk cara2 org Kelantan buat kenduri kawen. Disebabkan tarikh kawen Ija jatuh pada musim aku cuti semester so, boleh la aku ikut dia balik Kelantan. Ikuti la rententan perjalanan majlis di Kelantan:

04/06/2009 - Lepas balik keje aku ikut Ija balik ke kuarters utk mandi dan bersiap2 sbb nak balik ke Kelantan. Mulanya kitaorang nak balik naik keta Ija tp telah ditegah oleh ayah Ija. Nak bawak keta aku plak tak boleh sbb family aku dtg kemudian.

05/06/2009 - Kitaorang sampai kat umah dalam jam 3 @ 4 pg itupun ayah Ija dtg amik kat busstop. Sampai je kat umah Ija, kitaorang sambung tido sampai la pg sbb letih sangat. Pastu bangun sarapan dan mula la berkemas2 dan pastu kitaorang ke Pekan Tanah Merah utk beli brg2 yg tak cukup lg. Sebelah ptg plak baru la kitaorang rewang sket2 sbb dh ptg baru sedara mara Ija dtg umah so, aku pun join la skali sbbnya aku mmg suka sgt tolong org rewang. Hehehe...

Inilah antara gambar time2 rewang hari Jumaat

06/06/2009 - Tarikh ini merupakan tarikh keramat bg Ija iaitu tarikh pernikahan antara Hasliza Abdullah (Ija) & Dluzarnain Saripin (Dlu/Zul). Aku seperti biasa akan menjadi photographer yg tak professional la. Hehehe....
Pagi - Kerja2 memasak dan menyembelih kambing sedang dijalankan.

Gambar atas : Sembelih kambing utk akikah
Gambar bawah : Ayah meneliti kerja2 memasak

Malam - Bersiap2 utk majlis pernikahan Ija dan Dlu selepas Solat Isyak di masjid berhampiran. Sori la nama masjid aku lupa la. Hehehe...

Ija sedang disiapkan oleh 'Pak Andam'


Dlu sedang melafazkan akad nikad


Gambar atas: Dlu membacakan lafaz taklik
Gambar bawah: Ija menandatangani surat nikah

Balik dr masjid, upacara pembatalan air sembahyang dilakukan di dalam bilik pengantin.

Cincin disarung di jari, kucupan kasih di dahi diberi

07/06/2009 - Majlis Persandingan Ija dan Dlu

Upacara pernikahan Ija & Dlu telah selamat dijalankan pd malam td, kini tibalah masanya utk majlis persandingan mereka yg dijalankan selepas solat Zohor. Aku seperti biasa menjadi jurugambar tak professional di majlis tersebut. Walaupun Ija mempunyai photographer tp aku still tetap nak amik gambar Ija & Dlu sbg simpanan peribadi.

Sebahagian gambar persandingan antara Ija & Dlu


Aku dan family bergambar kenangan dengan pengantin

Selepas selesai bergambar, aku dan family bersiap2 la utk balik ke Port Klang. Tp..... sebaik sahaja kitaorang nak kuar umah, ayah Ija dan Abg Syam terus menerpa ke arah kami dan memujuk kami supaya tak balik. Last2 sekali kitaorang pun tak jadi balik dan aku pun apalagi terus ke pelamin Ija utk upacara memotong dan makan kek. Hehehe...

Aku di hadapan wad emergency Hospital Tanah Merah, Kelantan

Musti korang sume terkejut bila tengok gambar tu kan...Hehehehe.... Sebenarnya aku telah terjatuh semasa hendak turun dari pelamin kawen Ija utk mengambil kamera setelah selesai makan kek kat atas pelamin tu. Entah macam aku boleh jatuh pun tak tahu. Aku ingatkan aku cuma terpelecok jer tp rupa2nya kaki aku terseliuh sampai tak boleh nak pijak lantai langsung. Bila dah tak boleh berdiri, aku pun terus duduk kat pelamin dan aku tengok kaki aku serta merta terus membengkak. Nak tak nak elok lepas Maghrib mak n abah serta Ija bwk aku g spital dan aku terus dpt MC 2 hari sbb aku tak boleh nak bawak keta. Selamat cuti aku. Hehehehe...

Balik dari spital, rehat sekejap dan pastu terus aje agenda membuka hadiah oleh Ija dan Dlu. Apalagi kanak2 riang kat umah tu pun join skali la dan meriah giler la umah tu dibuatnya. Aku..... aku jadi pemerhati jer la sbbnya aku tak boleh berjalan banyak sbb kaki aku dah berbandage.

Upacara membuka hadiah


Hadiah pertama yg dibuka oleh pengantin


Hadiah yg paling yg diorang dapat

Abis jer sume hadiah dibuka, kitaorg pun apalagi g la lepak2 kat luar umah sambil minum kopi dan makan biskut kering. Hahaha...

08/06/2009 - Lepas sarapan pagi bersama keluarga Ija, kitaorang pun bertolak balik ke Port Klang. Cuti kali ni memang seronok dan kelakar. Yg seronoknya sbb aku dpt hadir ke majlis kawen BEST FRIEND aku iaitu HASLIZA ABDULLAH a.k.a IEYJA dan yg kelakarnya aku telah jatuh dari pelamin masa kenduri kawen Ija. Hehehe...

Hari ini bila aku dtg kat opis sume org tanya aku kenapa dan apa dh jadi ngan kaki aku. Dgn muka selamba dan takde perasaan serta dlm nada ketawa aku cakap la yg aku jatuh pelamin. Punya la diorang gelak dan terus diorang cakap "Hmmmm.... tak lama lagi kawen la tu....". Hehehe... Mintak2 la masin mulut diorang. Kwang....Kwang....

Monday, June 01, 2009

RTM Kelantan & Terengganu

Pada jam 11.00 mlm hari Jumaat 29/05/09, aku dan family mengikuti rombongan yang dianjurkan oleh opis abah ke Kelantan dan Terengganu. Nasib baik la aku tgh cuti sem kalo tak confirm aku tak blh ikut sbb aku ada kelas. Rentetan perjalanan dari 29/05/2009 - 31/05/2009:

29/05/2009 - Bertolak dari Angkasapuri ke Kelantan pada lebih kurang jam 12.00 tgh mlm dengan menaiki bas Kementerian Penerangan.

30/05/2009 - Kitaorang sampai kat Kota Bharu, Kelantan lebih kurang jam 12.00tghari dan terus check in hotel. Masuk jer kat dalam bilik hotel tu apalagi terus la sambung tido. Hehehe.... Jam 2.30 ptg, kitaorang sume bergerak ke Rantau Panjang utk shopping2 tp aku n family takde ar shopping sgt sbb tak tau nak shopping ape. Masa on the way ke Rantau Panjang, bas kitaorang lalu kat depan TESCO yg baru dibuka. Dulu masa aku kena keje kat sana TESCO tu belum siap lg skunk ni tau2 dh beroperasi pun. Nampaknya memang dh lama ar aku tak g Kota Bharu. Hehehe....

Inilah dia TESCO yg aku ckp td

Disebabkan drive bas yg bawak kitaorang ni jln2 ada bawak skali anak dia, apalagi mak dgn Kak Eton kebas sekejap anak dia dan nasib baik la budak tu tak nangis kalo tak musti hingar la satu bas tu dengar jeritan dia.

Mak pegang Arshad a.k.a Acad anak kepada Abg Azri

Lepas balik dari shopping kat Rantau Panjang, kitaorang singgah plak kat RTM Kelantan utk meninjau2 studio kat sana. Kebetulan masa kitaorang sampai tu pihak RTM tgh on air kat radio so dpt la kitaorang tgk diorang interview secara live. Lepas dh jalan2 melihat studio kitaorang pun balik ke hotel utk bersiap utk acara mkn mlm plak.

Bergambar kenangan di RTM Kelantan

Dlm jam 9.00 mlm, kitaorang menaiki bas ke tempat makan yg telah disediakan oleh pihak JASA Kelantan. Best sangat makan malam tu sbb macam-macam ada sampai siap tapau lg sbb makan tak habis. Hehehe...

Inilah geng2 kami di meja makan

31/05/09 - Jam 8.00 pg kitaorang dh siap2 tunggu kat depan bas sbb dah tak sabar nak bertolak balik ke KL. Tp sebelum tu kitaorang nak singgah dulu kat RTM Terengganu pastu pegi Pasar Payang dan last sekali singgah kat Masjid Kristal.

Inilah dia bas yg kitaorang naik

Inilah RTM Terengganu

Ada gaya juruhebah tak????

Lepas dah puas melawat RTM, kitaorang sume terus ke Pasar Payang dan seterusnya ke Masjid Kristal. Bila dh selesai bergambar kat Masjid Kristal kitaorang naik bas dan terus balik ke KL semula.


Bergambar kenangan di hadapan Masjid Kristal

Pergh!!!!! Kuatnyer......Hehehehe.....

Kitaorang sampai kat KL lebih kurang jam 12.00 tgh mlm pastu sampai kat umah dekat2 kul 1.00pg. Aku tido jap pastu dh bangun sbb nak pegi keje. Pergh.... Letih sgt2....