Saturday, June 20, 2009

Norhana Syafie Khalisya

Hari ini Makteh Rahimi buat kenduri doa selamat dan juga cukur jambul utk cucu dia iaitu NORHANA SYAFIE KHALISYA, anak sulung Abg Sopi. Dengan kaki yg masih lg berbalut aku gagahkan jugak la utk membantu ape2 yg patut. Selepas selesai kenduri, aku dgn mak n abah pun terus ke Penang sbb nak kena hantar barang kat adik aku yg berada di Kem Regimen Askar Wataniah.

Inilah dia permata hati Abg Sopi dan Kak Shida - Norhana Syafie Khalisya

Abg Sopi dan Kak Shidah

Dari umah Makteh, kitaorang terus jer balik kampung dan esoknya baru ke tempat Kak Eton. Masa kitaorang sampai dkt Plaza Tol Jelapang sblm meneruskan perjalanan ke kampung, kitaorang terlihat satu kenderaan iaitu sebuah pajero yg secara tiba2 terbakar dibahagian enjin pajeronya. Nasib baik la org tu sempat bawak anaknya keluar dr kereta tu dan secara kebetulan ada lori bomba lalu dkt situ so diorang pun sekat la jalan dan bergegas membantu memadamkan kebakaran. Pihak PLUS jugak dengan pantas membawa alat pemadam api dan terus beri pada anggota bomba tersebut. Alhamdulillah, api berjaya dipadamkan sebelum ianya merebak dengan cepat.

Ini saje gmbr yg sempat aku amik dr dlm keta

Walaupun aku tak dpt nak tolong diorang, aku tetap risau sbbnya pemandu pajero tu membawa anak tp yg bagusnya dia pantas menyelematkan anaknya sblm api kian marak. Aku puji la sikap mereka terutamanya pihak PLUS yg amat pantas menghulurkan bantuan. Syabas dan tahniah diucapkan kepada pihak PLUS sbb bergerak pantas menghulurkan bantuan.

No comments: