Pada 4/6/09 hingga 8/6/09, aku telah berkampung di umah Ija di Tanah Merah, Kelantan sbb aku nak menghadiri majlis pernikahan dan persandingan dia kt Kelantan. Actually, aku sebenarnya tak pernah tgk cara2 org Kelantan buat kenduri kawen. Disebabkan tarikh kawen Ija jatuh pada musim aku cuti semester so, boleh la aku ikut dia balik Kelantan. Ikuti la rententan perjalanan majlis di Kelantan:
04/06/2009 - Lepas balik keje aku ikut Ija balik ke kuarters utk mandi dan bersiap2 sbb nak balik ke Kelantan. Mulanya kitaorang nak balik naik keta Ija tp telah ditegah oleh ayah Ija. Nak bawak keta aku plak tak boleh sbb family aku dtg kemudian.
05/06/2009 - Kitaorang sampai kat umah dalam jam 3 @ 4 pg itupun ayah Ija dtg amik kat busstop. Sampai je kat umah Ija, kitaorang sambung tido sampai la pg sbb letih sangat. Pastu bangun sarapan dan mula la berkemas2 dan pastu kitaorang ke Pekan Tanah Merah utk beli brg2 yg tak cukup lg. Sebelah ptg plak baru la kitaorang rewang sket2 sbb dh ptg baru sedara mara Ija dtg umah so, aku pun join la skali sbbnya aku mmg suka sgt tolong org rewang. Hehehe...
06/06/2009 - Tarikh ini merupakan tarikh keramat bg Ija iaitu tarikh pernikahan antara Hasliza Abdullah (Ija) & Dluzarnain Saripin (Dlu/Zul). Aku seperti biasa akan menjadi photographer yg tak professional la. Hehehe....
Pagi - Kerja2 memasak dan menyembelih kambing sedang dijalankan.
Malam - Bersiap2 utk majlis pernikahan Ija dan Dlu selepas Solat Isyak di masjid berhampiran. Sori la nama masjid aku lupa la. Hehehe...
Balik dr masjid, upacara pembatalan air sembahyang dilakukan di dalam bilik pengantin.
07/06/2009 - Majlis Persandingan Ija dan Dlu
Upacara pernikahan Ija & Dlu telah selamat dijalankan pd malam td, kini tibalah masanya utk majlis persandingan mereka yg dijalankan selepas solat Zohor. Aku seperti biasa menjadi jurugambar tak professional di majlis tersebut. Walaupun Ija mempunyai photographer tp aku still tetap nak amik gambar Ija & Dlu sbg simpanan peribadi.
Selepas selesai bergambar, aku dan family bersiap2 la utk balik ke Port Klang. Tp..... sebaik sahaja kitaorang nak kuar umah, ayah Ija dan Abg Syam terus menerpa ke arah kami dan memujuk kami supaya tak balik. Last2 sekali kitaorang pun tak jadi balik dan aku pun apalagi terus ke pelamin Ija utk upacara memotong dan makan kek. Hehehe...
Musti korang sume terkejut bila tengok gambar tu kan...Hehehehe.... Sebenarnya aku telah terjatuh semasa hendak turun dari pelamin kawen Ija utk mengambil kamera setelah selesai makan kek kat atas pelamin tu. Entah macam aku boleh jatuh pun tak tahu. Aku ingatkan aku cuma terpelecok jer tp rupa2nya kaki aku terseliuh sampai tak boleh nak pijak lantai langsung. Bila dah tak boleh berdiri, aku pun terus duduk kat pelamin dan aku tengok kaki aku serta merta terus membengkak. Nak tak nak elok lepas Maghrib mak n abah serta Ija bwk aku g spital dan aku terus dpt MC 2 hari sbb aku tak boleh nak bawak keta. Selamat cuti aku. Hehehehe...
Balik dari spital, rehat sekejap dan pastu terus aje agenda membuka hadiah oleh Ija dan Dlu. Apalagi kanak2 riang kat umah tu pun join skali la dan meriah giler la umah tu dibuatnya. Aku..... aku jadi pemerhati jer la sbbnya aku tak boleh berjalan banyak sbb kaki aku dah berbandage.
Abis jer sume hadiah dibuka, kitaorg pun apalagi g la lepak2 kat luar umah sambil minum kopi dan makan biskut kering. Hahaha...
08/06/2009 - Lepas sarapan pagi bersama keluarga Ija, kitaorang pun bertolak balik ke Port Klang. Cuti kali ni memang seronok dan kelakar. Yg seronoknya sbb aku dpt hadir ke majlis kawen BEST FRIEND aku iaitu HASLIZA ABDULLAH a.k.a IEYJA dan yg kelakarnya aku telah jatuh dari pelamin masa kenduri kawen Ija. Hehehe...
Hari ini bila aku dtg kat opis sume org tanya aku kenapa dan apa dh jadi ngan kaki aku. Dgn muka selamba dan takde perasaan serta dlm nada ketawa aku cakap la yg aku jatuh pelamin. Punya la diorang gelak dan terus diorang cakap "Hmmmm.... tak lama lagi kawen la tu....". Hehehe... Mintak2 la masin mulut diorang. Kwang....Kwang....
No comments:
Post a Comment