Monday, December 29, 2008

SALAM TAHUN BARU 1430H


"Selamat Tahun Baru 1430H"

Hari ini merupakan hari pertama di Tahun Baru 1430H bagi sume umat Islam di negara ini. Nampaknya tahun baru hijrah kali ni aku sambut di Penang dan Perak. Actually, aku terlupa sebenarnya yang arini sume negeri cuti sbbnya aku kan keje kat Wilayah Putrajaya so, aku ingat aku kena keje tp rupanya cuti jgk. Perh.... lega rasanya dapat cuti... boleh la tido sepuas2nya... Hehehe....

Sebenarnya semalam aku dan family kena menghadiri majlis perkahwinan pengapit adik aku yang juga kawannya masa sekolah dulu kat Perlis di mana rumahnya berhampiran dengan jalan ke Padang Besar. Jadi, lepas selesai kenduri tu aku dan family pun terus ke Padang Besar utk cari barang dan juga shopping...

Dalam pada tgh jln2 cari hal, kitaorang terserempak dgn Pak Jang aku n family kat situ. Mulanya nak elakkan diri dari diorang tp akhirnya terkantoi jugak. Hahahaha.... Setelah puas jalan2 dan juga shopping, Pak Jang pun bawak aku dan family ke Kuala Perlis utk makan ikan bakar. Best sangat dapat makan ngan Pak Jang dan family sbbnya dah lama sangat tak makan bersama dgnnya.

Lepas makan, kitaorang ingat nak terus balik ke umah atok tp... Mak Jang ajak tido umah dia so, disebabkan taknak menghampakan dia kitaorang pun tido la kat sana. Tp xberapa seronok sgt sebab aku nyaris2 masuk hospital sbbnya aku sukar untuk bernafas. Alhamdulillah... xlama lepas tu pernafasan aku kembali normal so, xde la kena p hospital sbbnya itulah satu2nya tempat yg aku xsuka nak pegi. Hehehe...


Sunday, December 28, 2008

JaLaN-jAlAn KeNdUrI kAwEn.....


Hari ini merupakan hari perkahwinan kawan baik adik aku yang juga pengapit dia masa dia kawen bln lepas. Oleh kerana dia dah bagitau awal so, kitaorang pun amik keputusan untuk pegi sana lgpun pengantin perempuan umahnya dah dekat ngan Padang Besar. Hehehe... Apalagi lepas abis kenduri kitaorang pun plan la nak bershopping kat situ.....

Posing maut sementara tunggu pengantin selesai akad nikah


Aku, mak dan Kak Eton

Makcik aku pun ikut gak tp dia naik keta ngan adik aku sebab dia singgah kat kampung dulu nak hantar makcik aku ni kat umah opah. Lagipun makcik aku ni dh dok kat umah aku sejak minggu lepas coz nak tukar angin katanya..Hehehe..

Aku dan Cheek Yati (adik abah)

Disebabkan abah ni tak berapa suka amik gambar so, mak pun dengan sesuka hatinya meng'candid' gambar abah kat dalam keta..

Mak amik gambar abah

Inilah dia pengantin baru tu - HAFEEZ & HIDAYAH

Jalan-jalan kat Padang Besar.....

Selesai majlis persandingan kedua2 mempelai, aku dan family pun terus la ke Padang Besar untuk cari barang dan juga jalan2 sambil shopping. Hehehe...

"SELAMAT DATANG KE PADANG BESAR"

Sekitar tapak jualan

Tengah syok2 tgk2 barang, aku ternampak seseorang yang macam kenal tp sebenarnya memang kenal, iaitu Pak Jang aku dan family. Sebenarnya kitaorang nak elak dr pegi umah diorang tp at last terserempak dgn diorang. Nak tak nak kenalah jugak p umah diorang. Hehehe...

Mak, aku, Mak Jang dan Kak Eton

Dah penat jln2, kitaorang pun berhenti utk minum dulu coz dah letih..

Tgh menunggu minuman sampai...

Makan Besar.....

Selesai kitaorang minum2 kat kedai berhampiran dgn tempat shopping tu, Pak Jang bawak kitaorang pegi makan2 kat Kuala Perlis. Best giler lebih2 lagi bila tengok Pak Jang makan sampai bertambah nasi. Berselera sungguh dia, lagipun aku dah lama sangat tak makan besar dengan Pak Jang.


Inilah dia antara makanan yang dipesan oleh Pak Jang

Inilah saat paling menyeronokkan dalam hidup aku apabila dapat makan bersama ahli keluarga yang lain setelah sekian lama aku tak kecapinya... Selesai makan kitaorang pun balik kat umah Pak Jang di Permatang Pauh berhampiran dengan Politeknik Seberang Prai.

Saturday, December 27, 2008

pErLiS

Oleh kerana esok ada majlis kawen kat cni, so aku ngan family pun bermalam la kat Perlis ni supaya senang nak pegi umah pengantin. Lagipun aku belum pernah lagi bermalam kat cni, kat negeri lain selalu la jgk kan.. Sampai kat Perlis td lebih kurang dah nak petang la, so kitaorang check in dulu kat hotel sambil tu lepak2 dulu. Kebetulan plak kat hotel ni ada internet dan aku plak bwk beg ajaib aku ni...maksud aku notebook, apalagi aku pun save la sambil2 tu mengedit blog la. Hehehe...

Lepas Maghrib, kitaorang pun kuar ar cari tempat nak makan malam almaklumlah lapar. Hik..Hik..Hik.. Tapi sebelum tu, abah nak cari kedai gunting rambut dulu.


Inilah tempat abah gunting rambut - MUHIBBAH KEDAI GUNTING RAMBUT

Cukur misai selepas gunting rambut

Sementara tunggu abah siap gunting rambut dan cukur misai, aku terpandang satu stall burger kat depan kedai tu. Apalagi aku pun suruh ar adik aku p beli burger tu untuk alas perut sbb dah lapar sangat. Lagipun tengok org tu buat burger macam best jer so, kitaorang pun try la jgk burger tu.

Inilah gerai burger yg sentiasa ramai org

Selepas abah settle urusannya kat kedai gunting tu, kitaorang pun terus la pegi cari tempat utk makan malam sebab dah tertahan laparnya. Jalan punya jalan akhirnya kitaorang pun masuk kat satu gerai ni yang ada ikan bakar. Pergh!!!!! sedap giler...


Menu makan malam kami

Abis makan, kitaorang pun balik la kat hotel ni semula dan aku terus membuka notebook dan update blog ni.

Friday, December 19, 2008

Alhamdulillah.....syukur.....



Akhirnya..... segala usaha aku nampaknya berhasil... Aku bersyukur sangat sbb apa yg aku inginkan pd study aku kali ni menampakkan hasilnya. Aku memperolehi keputusan yang sungguh memberangsangkan dalam peperiksaan akhir kat UiTM Shah Alam pd bulan lepas.

Alhamdulillah... aku lulus dalam sume subjek dan yg aku tak sangka, aku lulus dalam subjek MGT162. Aku ingat aku dah xlulus sbb hari exam tu jugak la hari kenduri kawen adik aku. Memang tensen sesgt bila majlis dan exam satu hari dan masa kat dalam dewan pekse aritu aku sempat gak terlelap masa baca soalan tau..... Hehehe.....

Sebaik sahaja exam selesai, aku bergegas keluar dari dewan utk balik ke rumah sbb time tu peak hours tp sblm tu aku sempat gak pelawa kengkawan2 aku utk mkn tghari kat umah aku. So, berkonvoi la kami beramai2 ke umah aku dan sampai je kat umah aku sume sedara mara aku bertanya aku dr mana dan how my exam paper. Tak lama lepas kengkawan aku balik, lecturer MGT aku iaitu Cik Sha n kengkawan dia plak dtg. Perh.... cuak aku bla dia tanya pasal paper dia so, aku jwb la soalan dia quite ok.

Tambah2 aku risau bla Cik Sha bgtau kat mak aku yg org lain tiru aku masa test padahal xde pn.. Hehehe... Ditambah plak bla Cik Sha dgn konfidennyer mengatakan yg aku musti lulus la hakikatnya... aku sgt2 la risau tau.. Ape pn skunk ni aku dah lega sbb paper Cik Sha tu aku lulus. Ya be da be du....

Thursday, December 18, 2008

Pecah lagi!!!!!!!

Untuk sekian kalinya cermin mata aku pecah lagi. Dah la masa Arwah Ucu meninggal dunia cermin mata aku dah pecah akibat berlanggar kepala dgn makcik aku. Nasib baik la aku sempat siap sebelum aku balik ke Port Klang semula, kalo tak.... confirm xbalik sbb xleh drive..

Cermin yg pecah masa d Melaka

Kali ni plak...adik aku yg buat pecah akibat excited sangat nak peluk aku. Al-maklumlah... dia baru je balik dari Penang. Hah!!! tak pasal2 cermin mata aku pecah ngam2 2 minggu selepas kematian Arwah Ucu. Nasib baik la aku ada cermin mata spare, kalo tak.... confirm kena p buat lain... Melayang lagi la duit aku...

Pecah buat kali kedua

Oleh kerana cermin mata yg ada tu elok lagi powernyer... aku pun pakai la... Inilah cermin mata lama yg terpaksa di pakai semula.. Hehehe..

Inilah cermin mata yg asal

Monday, December 15, 2008

HaRi KeLuArGa MoA 2008


Tanggal 13 Disember 2008, Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani Malaysia menganjurkan Hari Keluarga MOA 2008 buat sekian kalinya di mana ianya diadakan di Sunway Lagoon Theme Park. Dianggarkan lebih kurang 700 orang telah terlibat dalam menjayakan hari keluarga ini.

Ditempat pendaftaran.....

Sewaktu pendaftaran staf2 MOA

Masa aku sampai kat sana, aku tercari2 la member2 opis dan nasib baik aku terserempak dgn Kak Odah yg tgh membuat pendaftaran so, aku pn join skali la. Pastu aku ternampak plak dgn Pak Hassan, aku ingatkan dia tak dtg sbb kaki dia sakit rupa2nya lg dia bersemangat nak dtg. Kengkawan perangkaan yg lain sume xde sbb diorang kena pi taklimat kat Penang.

Di sinilah HARI KELUARGA MOA 2008 diadakan

Lepas pendaftaran, kitaorang sume masuk kat theme park utk sarapan sementara menunggu YB Menteri Pertanian merasmikan HARI KELUARGA MOA 2008. Sebaik sahaja selesai upacara perasmian, kitaorang sume telah dihidangkan dengan tarian poco2 dan juga senam robik.

Tarian Poco2 dan senam robik selepas perasmian

Peserta2 Hari Keluarga MOA 2008

Aku dan ahli keluarga di HARI KELUARGA MOA 2008

Inilah saja staf2 PSA yg terlibat

Bergambar kenangan dgn YB MENTERI

Sukan time.....


Masa utk terjun kolam....

Aku dan Kak Ara sblm dan slps mandi kolam

Selepas puas berendam di dalam kolam yg sgt besar di Sunway Lagoon ni, barulah aku n family pulang ke rumah. Kak Ara n the gang sume dah balik sebaik sahaja selesai upacara memberi hadiah pd para pemenang. Perh.... puas giler dapat mandi manda kat Sunway Lagoon. Sampai kat umah sume orang tido almaklumlah masing2 letih termasuk la aku. Hehehehe...

Thursday, December 11, 2008

Aku kehilangan lagi.....


Tanggal tarikh ini, 27/11/2008 adalah tarikh yang takkan aku lupakan sampai bila sebab PakUsu kesayangan aku iaitu Ucu Baharin telah pun pergi mengadap Tuhan yang satu dan takkan kembali lagi. Aku dan seluruh keluarga betul2 terasa akan kehilangan arwah yang mana bg kami sekeluarga arwah merupakan seorang yang terlalu baik dan kelakar. Perwatakannya benar2 mencuit hati kami sekeluarga lebih2 lagi aku. Arwah pernah menjaga aku ketika aku masih lagi kecil dan kehilangannya benar2 membuatkan aku terasa sungguh sepi.

Hari ini adalah hari ke-14 arwah Ucu pergi meninggalkan kami sekeluarga dan arini jugalah mak aku buat kenduri arwah dan tahlil utknya tp malang bg aku sbb aku kena keje. Mak n abah cuti sbb arini Negeri Selangor cuti sempena Hari Keputeraan Sultan Selangor. Nasib baik la ada adik aku n wife dia kat umah bolehlah diorang tolong2 mak n abah.
























Arwah Ucu dalam kenanganku


Oleh kerana Arwah Ucu disemadikan di kampung Ucu Ana di Melaka, insyaallah sekiranya aku ada kelapangan akan aku ziarah pusaranya. Sehingga ke hari ini wajah arwah sentiasa terbayang di mataku setiap kali aku ingin melelapkan mata di waktu malam. Aku benar2 terasa akan kehilangannya. Nampaknya Hari Raya Aidil Adha kali ini aku dan keluarga tidak dapat merayakannya bersama Arwah Ucu Baharin dan Incik Gadis yg telah pergi terlebih dahulu daripada Arwah Ucu. Arwah Ucu meninggal pada bulan Haji sama seperti Arwah nenek. Aku sungguh2 terasa sbb insan2 yg paling aku sayang telah tiada di sisi.

Semoga roh Arwah Ucu ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman dan beramal soleh. Al-Fatihah......