Saturday, December 27, 2008

pErLiS

Oleh kerana esok ada majlis kawen kat cni, so aku ngan family pun bermalam la kat Perlis ni supaya senang nak pegi umah pengantin. Lagipun aku belum pernah lagi bermalam kat cni, kat negeri lain selalu la jgk kan.. Sampai kat Perlis td lebih kurang dah nak petang la, so kitaorang check in dulu kat hotel sambil tu lepak2 dulu. Kebetulan plak kat hotel ni ada internet dan aku plak bwk beg ajaib aku ni...maksud aku notebook, apalagi aku pun save la sambil2 tu mengedit blog la. Hehehe...

Lepas Maghrib, kitaorang pun kuar ar cari tempat nak makan malam almaklumlah lapar. Hik..Hik..Hik.. Tapi sebelum tu, abah nak cari kedai gunting rambut dulu.


Inilah tempat abah gunting rambut - MUHIBBAH KEDAI GUNTING RAMBUT

Cukur misai selepas gunting rambut

Sementara tunggu abah siap gunting rambut dan cukur misai, aku terpandang satu stall burger kat depan kedai tu. Apalagi aku pun suruh ar adik aku p beli burger tu untuk alas perut sbb dah lapar sangat. Lagipun tengok org tu buat burger macam best jer so, kitaorang pun try la jgk burger tu.

Inilah gerai burger yg sentiasa ramai org

Selepas abah settle urusannya kat kedai gunting tu, kitaorang pun terus la pegi cari tempat utk makan malam sebab dah tertahan laparnya. Jalan punya jalan akhirnya kitaorang pun masuk kat satu gerai ni yang ada ikan bakar. Pergh!!!!! sedap giler...


Menu makan malam kami

Abis makan, kitaorang pun balik la kat hotel ni semula dan aku terus membuka notebook dan update blog ni.

No comments: