Thursday, December 11, 2008

Aku kehilangan lagi.....


Tanggal tarikh ini, 27/11/2008 adalah tarikh yang takkan aku lupakan sampai bila sebab PakUsu kesayangan aku iaitu Ucu Baharin telah pun pergi mengadap Tuhan yang satu dan takkan kembali lagi. Aku dan seluruh keluarga betul2 terasa akan kehilangan arwah yang mana bg kami sekeluarga arwah merupakan seorang yang terlalu baik dan kelakar. Perwatakannya benar2 mencuit hati kami sekeluarga lebih2 lagi aku. Arwah pernah menjaga aku ketika aku masih lagi kecil dan kehilangannya benar2 membuatkan aku terasa sungguh sepi.

Hari ini adalah hari ke-14 arwah Ucu pergi meninggalkan kami sekeluarga dan arini jugalah mak aku buat kenduri arwah dan tahlil utknya tp malang bg aku sbb aku kena keje. Mak n abah cuti sbb arini Negeri Selangor cuti sempena Hari Keputeraan Sultan Selangor. Nasib baik la ada adik aku n wife dia kat umah bolehlah diorang tolong2 mak n abah.
























Arwah Ucu dalam kenanganku


Oleh kerana Arwah Ucu disemadikan di kampung Ucu Ana di Melaka, insyaallah sekiranya aku ada kelapangan akan aku ziarah pusaranya. Sehingga ke hari ini wajah arwah sentiasa terbayang di mataku setiap kali aku ingin melelapkan mata di waktu malam. Aku benar2 terasa akan kehilangannya. Nampaknya Hari Raya Aidil Adha kali ini aku dan keluarga tidak dapat merayakannya bersama Arwah Ucu Baharin dan Incik Gadis yg telah pergi terlebih dahulu daripada Arwah Ucu. Arwah Ucu meninggal pada bulan Haji sama seperti Arwah nenek. Aku sungguh2 terasa sbb insan2 yg paling aku sayang telah tiada di sisi.

Semoga roh Arwah Ucu ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman dan beramal soleh. Al-Fatihah......