Friday, July 31, 2009

rObOt TrAnSfOrMeRs - OpTiMuS pRiMe

Akhirnya.....dapat jugak aku beli robot Transformer ni walaupun cuma dapat beli satu jer.. Hehehe... Selalunya aku payah nak beli benda2 camni tp tak tau la sejak2 citer Transformer ni kuar kat panggung aku jd minat plak nak beli robotnya. Hahaha...Cam budak kecik jer kan.. Kuang...Kuang...Kuang...

Nti balik ni nak p cari lagi satu ar robot ni kat petrol pam kot2 la ada lg. Bleh ar buat koleksi lg... Hik..Hik..Hik...

Optimus Prime

Pasni nak cari Bumble Bee plak.. Hahaha...

Sunday, July 26, 2009

HaRrY pOrTeR & tHe HaLf BlOoD pRiNcE

Bulan ni jer dah 3 minggu aku pegi tgk wayang cuma minggu lepas jer yg tak pegi sbb pakcik aku bertunang. Disebabkan adik aku yg bongsu ada kat umah dan dia nak tgk wayang so aku pun bawak la dia dgn mak, abah tak ikut sbb ada urusan kat masjid. Mulanya dia nak tgk citer Transformers tp di sebabkan kat Centrepoint, Klang dh takde citer tu akhirnya kitaorang tgk citer Harry Porter yg terbaru.

Kitaorang tgk movie tu jam 9.15 mlm sbb waktu siang ada kenduri kat umah tp, malangnya aku ada kelas plak aritu dan xdpt ar aku nak bermanja2 dgn sedara mara aku yg dtg. Bila aku balik dari kelas, sume sedara mara aku dh balik kecuali pakcik2 aku yg tinggal berhampiran.


Malam tu la kitaorang terus pegi tgk wayang nasib baik time aku booking tiket tu ada kosong kalo tak melepas ar adik aku nak tgk wayang. Hahaha... Masa tgk wayang tu aku leh plak terlelap time2 citer tu tgh best. Hehehehe....

Kalo korang sume nak tau, citer ni best sangat tp akhirnya sedih sbb Professor Dumbledoor tu passed away.. Huhuhu... Kalo nak tau lebih lanjut pergilah ke pawangam berhampiran anda. Pasti anda akan terhibur. Hehehe...


Monday, July 20, 2009

mY uNcLe'S eNgAnGeMeNt


Hari Sabtu 18/07/2009 yg lepas, aku n family (mak + abah) serta Atok n Opah ke Johor utk merisik dan meminang bagi pihak Uncle Mini aku. Dari umah aku jam 8.00 pg dan terus ke JB tp sblm tu kitaorang singgah kat R&R Seremban kot kalo tak silap utk sarapan n makan pg dan kitaorang sampai kat JB kul 1.00 tghari. Selepas solat Zohor dan makan tengahari dalam kul 3.00 ptg, kitaorang terus ke umah bakal tunang Uncle Mini utk urusan peminangan dan pertunangan.

Antara tetamu yg hadir dlm majlis

Hantaran dari pihak lelaki

Hantaran dari pihak perempuan

Selepas sesi perbincangan antara pihak lelaki dan perempuan dan juga setelah kedua2 belah pihak setuju dgn jumlah hantaran yg pihak perempuan tetapkan, skunk tibalah masanya untuk Opah menyarungkan cincin merisik dan tunang kat my future aunty. Aku.....cam biasa jd camerawoman yg xbertauliah. Hehehe....

Opah menyarungkan 2 bentuk cincin kat jari Aunty Husna

Aunty Husna bersalaman dgn Opah

Bila dh selesai Opah sarungkan cincin kat jari Aunty Husna, Mak n Opah aku bergambar kenangan dgn Aunty Husna sebelum majlis tamat.

Gambar kiri: Emak aku n my future aunty, Husna
Gambar kanan: My future Aunty with Opah and her mother

Oleh kerana Uncle Mini tak dpt bergambar dgn Aunty Husna jadi, aku ambil gambar diorang asing2 dan kemudian aku cantumkan gambar diorang n jadilah camni.....Hehehe

Uncle Mini & his fiancee, Husna

Disebabkan gambar tiada dgn my future aunty so, Uncle Mini aku pun snapkan la gambar aku. Hahaha...

Aku di Majlis Pertunangan Uncle Mini

Dah selesai majlis, kitaorang balik semula ke umah Pakcik Rahim untuk mengagih2kan barang2 hantaran yg mana boleh dimakan dgn yg xboleh dimakan. Hehehe... Aku awal2 lg dh cop coklat sbb nampak cam sedap sangat.

Dalam kul 6.00 ptg (kalo xsilap ar), kitaorg terus ke Melaka sbb Opah n Atok nak sangat p umah Acu Hidayah nak tgk my cousin, Zulaikha. Mula2 tu xdpt cari gak umah Acu lepas makan baru dpt jumpa. Hehehe...Rupa2nya, baru kitaorang sedar yg perut masing2 dh lapar sesangat dan bila dh pekena ikan bakar baru la bersemangat nak terus cari umah Acu. Sampai je kat umah Acu, apalagi kitaorang pun membutakan diri la. Hahaha..

Hari Ahad plak, kitaorang balik umah rehat kejap dan dlm kul 8.30mlm kitaorang ke KL Sentral plak coz kena hantar Opah n Atok balik ke Taiping. Lepas Opah n Atok dah naik train, kitaorang pun balik dan tido.. Ngantuk + penat sangat...

Tuesday, July 14, 2009

Transformer again!!!!!


Semalam sekali lagi aku tgk wayang citer Transformer kat Alamanda, Putrajaya tp kali ni aku pegi dgn Eiyja dan jg sepupunya. Disebabkan smlm mmg aku xde kelas langsung so, dgn senang hati ar aku pegi tgk wayang. Hehehe...

Yg kesiannyer.....aku nyer passenger la sbb terpaksa tumpang org lain. Hmmm...merajuk seh dgn aku tp, selalunya tak lama pun dia merajuk ngan aku.. Hahahaha...Itulah passenger aku...Hik..Hik..Hik..

Sementara nak tunggu lepas Maghrib coz tgu Eiyja berbuka puasa, aku pun lepak2 kat umah Kak Ila sambil main2 ngn Amir. Agak2 dh nak dekat waktu Maghrib, aku pun p umah Eiyja dan bila sampai jer rupa2nya dia tertido dan nasib baik aku sampai cepat kalo tak.... tak tau ar jam berapa dia berbuka.

Lepas berbuka dan bersolat, kitaorang pun terus ke destinasi utama iaitu Alamanda, Putrajaya. Sampai jer kat kaunter tiket, tikat yg kitaorang booking tu telah dijual tp kitaorang still boleh masuk sbb still ada seat yg kosong. Akhirnya citer Transformer dapat jugak kitaorang tonton walaupun lambat sampai. Hehehehe....

Sunday, July 12, 2009

TrAnSfOrMeRs : ReVeNgE oF tHe FaLLEN

Untuk sekian kalinya, aku, mak n abah ke panggung wayang tp kali ni kitaorang tengok citer Transformer plak. Hehehehe... Mulanya2 aku ingat nak pegi sorang tp akhirnya aku pegi dgn mak n abah sbb diorang pun nak ikut aku gak. Hahaha...

Aku ingatkan diorang sampai umah malam sbb diorang dr Pahang, bila aku ckp nak tgk wayang citer Transformer, diorang sanggup balik awal. Sampai jer diorang kat umah, rehat jap pastu dah kuar balik sbb takut lambat nak tengok wayang. Dah la aku tak berapa sihat tp aku kuar gak tgk Transformer. Hehehe.. Balik dr wayang dh dekat kul 12.00 tgh mlm tp seronok beb...

Aku syorkan pada kengkawan2 yg belum tengok, pegi la tgk sbb sound effect + jln citer dia memang best. Terasa cam nak tengok lagi sekali jer. Best sangat!!!!!

Friday, July 10, 2009

Class BEL Cancel!!!!!

Dengan semangat yg berkobar2 untuk menghadiri kuliah untuk subjek Bahasa Inggeris tapi bila sampai jer kat kelas aku tgk kelas berkunci dan ada nota disitu. Nota tersebut berbunyi:


Bila dh baca nota tu, aku pun terus call Kak Huda utk bgtau dia yg kelas cancel, lagipun Kak Huda tu kan sedara aku so aku bgtau la kat dia spy bgtau kat kengkawan yg lain. Utk member class plak, kalo diikutkan hati malas nk bgtau sbb jarang diorang akan bgtau info2 terkini. Tapi, bila mengenangkan yg diorang ni masing2 dok n keje jauh, aku pun hantar ar MMS kat diorang utk maklum kelas xde.

Dengan hati yg kecewa, aku pun terus balik umah. Masa otw balik umah aku call Eiyja sbb mula2 fikir malas nak balik umah sbbnya mak n abah xde, diorang p Kuantan esok baru balik. At last, aku balik umah gak pastu aku terus booking tiket wayang citer Transformers. Mula2 aku booking 1 tiket jer tp bila aku call mak, diorang poun nk tgk jgk so, aku booking sekali lagi utk 3 org plak utk sok malam. Yg first booking tu aku terpaksa korbankan. Hehehe...

Okay ar aku nak sambung tgk tv ni..... Citer kat tv tgh best ni.. See u...

Tuesday, July 07, 2009

kEmBaLi Ke SeKoLaH


Setelah bercuti selama lebih kurang 2 bulan, akhirnya semalam bermulalah hari2 aku sebagai seorang student semula. Alhamdulillah, keputusan peperiksaan aku semester lepas memberangsangkan walaupun ada penurunan sedikit aku dpt jgk melanjutkan pelajaran di Semester 3. Antara subjek yg aku amik semester ni adalah Microeconomics (ECO162), Sistem Ekonomi Islam (CTU241), English For Academic Purposes (BEL311) & Cost Accounting (ACC165). Kelas aku cuma hari Isnin, Rabu, Khamis dan Jumaat sahaja dan hari Selasa aku cuti. Hehehe..

Aku nk story sket pasal 1st class semalam. Citernya begini.....

Seperti biasa, aku adalah org pertama yg akan sampai ke kampus dan kelas. Tp, smlm aku rasa lain sgt sbb sume member2 kelas aku xde lgpun kelas dh nak mula. Bila lecturer sampai, dia pun terkejut sbb tgk aku sorang jer yg ada kat kelas. Bila aku call sume member2, diorang ckp yg diorg tak amik subjek yg aku amik iaitu ECO162 sebaliknya diorang sume amik Arab (BAB101) dan apabila aku tgk jadual yg disediakan oleh fakulti, rupa2nya diorang ni tersalah register subjek. Sepatutnya utk semester ni diorg kena amik ECO162 dan bukannya BAB101, bila diselidik lebih lanjut, rupanya diorg ni ikut plan of study yg lama sedangkan aku ikut plan of study yg baru. So, nak salahkan siapa dlm hal ni...

Hampir jam 7.30 mlm, barulah student bertambah dari aku sorang ke 5 org dan bila dh sain kedatangan lecturer pun bagi balik awal sbb no point kalo belajar setakat 5 org. Aku rasa semalam adalah hari yg paling kelakar sbb blm pernah lg student yg attend class cuma 5 org shj. Habis kelas aku terus ke tapak latihan silat utk inform yg aku mungkin akan tarik diri dlm Pertandingan Wajadiri Sarawak sbb keadaan kaki aku yg sakit dan juga kelas yg selalu abis jam 10.00 mlm. Kalo aku turun training gak alamatnya aku akan balik lambat dan juga akan bangun lambat utk p keje..

Nampaknya kali aku terpaksa lupakan sementara waktu utk memasuki mana2 pertandingan @ demo silat sbb kaki aku tak berapa elok lg akibat jatuh dari pelamin masa Ieyja kawen bulan lepas. Hehehe... Tp, Pertandingan Wajadiri Sarawak tetap akan aku hadiri walaupun tak masuk bertanding. Hahaha...

Sunday, July 05, 2009

ICE AGE 3 : DAWN OF THE DINOSAURS

Untuk sekian kalinya aku, mak + abah pergi tengok wayang kat Centerpoint, Klang tp, kali ni sepupu aku n anaknya serta adik aku join kitaorang sekali. Kalo aritu kitaorang tgk citer Upin & Ipin kali ni plak kitaorang tgk citer Ice Age 3. Cam bebudak kan aku ni. Hehehe...

Yg aku serenok sangat tu, citer Ice Age 3 ni xramai sangat org tengok sbb sume org tgk citer Transformer. Punya ar seronok sebab terasa macam panggung tu aku yg punya..Hahahaha...

Best giler citer ni!!!!!

Abis jer citer ni, aku, mak abah n adik aku pun balik tp sebelum kitaorang p singgah makan kat Port Klang dulu sbb dah lapar. Hehehe... Sepupu aku n anaknya dah balik dulu sbb abg aku tinggal berdua dgn anaknya yg lg satu kat umah. Lepas makan balik umah dan tido tp aku x terus tido sbb kena kemas bilik dh xde rupa bilik lg. Hehehehe....

Thursday, July 02, 2009

Training Wajadiri


Oleh kerana Pertandingan Wajadiri Sarawak akan berlangsung tak lama lg, aku pun join la diorang training dan actually, aku nak tgk diorang training je dan tak sangka aku antara yg akan terlibat masa wajadiri nanti.

Malam td, elok je aku sampai kat tempat latihan kengkawan2 silat aku ni terus suruh aku pakai mask sbb skunk ni kan kes H1N1 sedang hangat diperkatakan. So, utk menjamin keselamatan kitaorang kena ar pakai mask ni. Hehehe... dh macam ape jer...

Dh macam doktor plak..Hahaha..

Inilah antara kengkawan2 silat yg hadir

Skunk ni aku hanya jadi kruk je sbb aku dh puas sangat jd heroin tp, ape2 pun aku akan cuba jd kruk yg terbaik sbb selalu jd heroin. Hehehe...