Wednesday, April 30, 2008

Dok ngan mak abah semula

Semalam adalah hari terakhir aku menetap di Dengkil sebab lepas ni aku dah start dok kat Port Klang semula. Memandangkan housemate aku yang sorang tu nak kahwin jadi aku pun amik keputusan utk pindah balik umah mak dan tak lama lagi aku akan sambung belajar kat Shah Alam. So, lebih mudah dan senang aku pegi kelas tu yang aku pindah balik Pklang tu.

Lagipun aku kesian dengan mak dan abah sebab diorang tinggal berdua jer kat umah dan kalau abah masuk spital tinggal la mak sorang2 kat umah xde sape nak teman. Nak harap adik aku yang sorang tu hmmm... payah la sebab dia bukannya reti dok kat umah, asyik nak merayap kat umah tunang dia jer. Al-maklumlah orang ada tunang kan... tak macama aku... single n available... hehehe...

Tolong lah carikan aku seseorang supaya aku tak sunyi lagi. Hehehe.... gurau jer...

Tuesday, April 29, 2008

Aku kena marah dgn......

Tengah pikir apa yg akan terjadi lepas ni....

Seperti yang ku jangkakan, Kak Ila dan Eiyja betul2 marah sebab bagi diorang aku telah dikecewa dan dipermainkan oleh dia. Tapi, bagi aku dia tak pernah mempermainkan perasaan aku cuma aku jer yang terlalu mengharap agar persahabatan aku dan dia akan menjadi satu perhubungan yang manis.

Air mata aku mengalir bila aku meluahkan rasa tak puas hati aku pada diorang berdua sebab buat masa ni aku macam tak dapat terima hakikat dan kenyataan yang hubungan aku dan dia hanya sebagai seorang sahabat. Aku bukan apa, aku kecewa sebab dia tak berterus terang dgn aku dari awal perkenalan dia dan kekasih barunya.

Memang aku kenal gf dia tapi tak seluruhnya la sebab aku pernah lihat gambar dia di friendster dan cukup tak ku sangka yang diorang sebenarnya berkenalan melalui friendster dan jugak dari sahabat baik dia yang sorang lagi tu. Akhirnya dia dapat jugak orang yang dekat dengan dia berbanding yang dulu.

Untuk meredakan kemarahan Kak Ila dan Eiyja pada dia, aku kenalah ikut cakap diorang berdua sebab kalau tak ikut nanti rahsia hatiku akan terbongkar pada sahabat aku tu. Aku kalau boleh tak mahu dia tahu akan isi hatiku pada dia sebab hati dia telah mengatakan aku hanya seorang sahabat baik. Nak tak nak aku kenalah terima hakikat itu.

Monday, April 28, 2008

Pulang membawa hati yang luka...

Posing dulu sebelum balik. hehehe...

Aku sampai kat umah dari Alor Star td lebih kurang jam 6.30 ptg dan sebaik saja abah bukak pintu umah, aku terus onkan tv dan terus ke channel TV3 untuk tengok citer “BELLA”. Nasib baik sempat sampai kat umah sebelum “BELLA” abis. Hehehe...

Dari AS td jam 10.00 pagi dan terus ke sekolah adik aku kat Sabak Bernam sebab kena hantar dia balik ke asrama semula then terus balik ke Port Klang. Nampak gayanya percutian aku kali ni mendukacitakan sebab aku dan dia cuma sahabat baik sahaja dan tak lebih dari itu. Tak mungkin aku dengan dia bersama sebagai suami isteri seperti mana yang aku harapkan dan mungkin jugak aku ni terlalu mengharap pada dia kot.

Kecewa???? Memang aku rasa sedikit kecewa sebab semua yang aku harapkan tidak tercapai tapi apa2 pun aku kena redha yang dia mungkin bukan ditakdirkan untuk aku dan mungkin jugak aku dan dia hanya ditakdirkan untuk menjadi sahabat untuk selama-lamanya. Semoga dia berbahagia di samping orang yang dia sayang tidak termasuk aku walaupun dia memang menyayangi aku tapi sayang sebagai seorang sahabat. Semoga aku dipertemukan dengan insan yang lebih baik dari dia dan jugak insan yang betul2 menyukai dan menyayangi aku kerana diriku sendiri.

Sunday, April 27, 2008

JaLaN-jAlAn NaIk MeNaRa

Ni namanya senyuman hipokrit

Entah nape malam ni aku rasa sedih sangat selepas dengar apa yang dia bagitau kat aku tengah hari dan malam semalam. Masa aku call Eiyja ptg tadi, meleleh2 air mata aku tau, itu blm aku call Kak Ila lagi kalo tak confirm aku kena ceramah dan dimarahi olehnya sebab dia tahu aku kecewa. Sepatutnya aku tumpang gembira atas kegembiraan dia sebab dia dah berjaya melupakan kisah silam dia dengan ex-gf dia yang sebelum ni dan skang ni dia dah ada gf baru dan juga akan mendirikan rumahtangga. Sebaliknya, skang ni aku rasa macam geram, sakit hati n jeles sgt dgn gf baru dia dan aku sendiri tak tau nape. Pelik kan...

Pemandangan dari atas Menara Alor Star

bergambar selepas turun dari menara

Sebelum dia hantar aku ke Hotel Seri Malaysia Alor Star td, kitaorang pegi naik ke Menara Alor Star utk tengok pemandangan bandar Alor Star dari atas. Masa aku naik kat menara tu, aku rasa kelakar sangat sebab Menara KL tu pun aku belum menjejakkan kaki lagi tapi di sini aku dah pun menjejakkan kaki aku kat Menara Alor Star. Kelakar sangat. Hehehe.... Lepas balik dari Alor Star ni aku ingat aku nak la naik ke Menara Kuala Lumpur tu plak. Mana taknya Menara Alor Star aku dah naik tapi Menara Kuala Lumpur tak pernah lagi ku jejakkan kaki.


Oleh sebab family aku nak turun ke Alor Star selepas bercuti di Penang so, aku pun tunggu la diorang kat bilik hotel ni. Tak lama lepas dia balik, family aku pun sampai dan kitaorang kuar ke Pekan Rabu utk cuci2 mata, sedangkan tadi aku dah pegi dengan dia sebelum dia balik tadi. Masa dia hantar aku ptg tadi, aku rasa sedih sangat sampaikan aku tak nak bagi dia balik ke Kulim. Aku rasa macam nak sentiasa berada di sisi dia tetapi apakan daya dia skang ni dah menjadi bf orang so, tak sepatutnya aku terlalu rapat dengan dia takut ada yg makan hati.


Selepas balik dari makan malam td, cikgu aku masa sekolah datang n ajak kuar tapi aku tak larat sebab kepala aku sakit sangat dan family aku je yang pegi kuar jumpa dengan cikgu aku tu. Oh ye!! Lupa plak... nama cikgu aku tu Ahmad Bin Din tapi aku panggil dia Cikgu Mad Din dan dia merupakan cikgu disiplin aku masa sekolah rendah. Kalo tak silap dah hampir 13 tahun aku tak jumpa dengan dia dan kebetulan dia memang orang Alor Star dan abah terus call dia dan dia dtg ke hotel utk jumpa.


Nampaknya percutian aku kat CINTA SAYANG GOLF & COUNTRY RESORT memberikan satu kenangan yang tak mampu di lupakan sebab aku tak mungkin akan bersama lagi dengan dia memandangkan dia dah ada kekasih. Selepas ni aku akan terus berdiam diri dan berhenti mencari pasangan hidup sebab aku tak mahu kecewa lagi. Di Cinta Sayang hatiku terluka dan di Cinta Sayang jugalah cinta sayangku padanya kecundang.

Saturday, April 26, 2008

Tengok wayang & Tukar hotel.. hehehe


Selepas sarapan kat Hotel Seri Malaysia Sungai Petani, aku dengan dia terus check out dan diingatkan bahawa kitaorang berada di bilik yang berasingan sebab dia check in lebih awal dari aku. Bila sume dah settle, dia terus bawa aku pusing2 di sekitar Sungai Petani dan akhirnya kitaorang masuk ke shopping complex utk tgk wayang.


Sebelum wayang bermula, kitaorang pegi la jln2 kat kedai2 kat dalam mall tu sementara nak tunggu time wayang start. Masa jalan2 tu la dia telah bagitau aku yang dia dh ada pilihan hati dan ingin mendirikan rumah tangga pada tahun hadapan. Tergamam aku seketika masa tu, langsung terkedu dan terdiam tanpa bicara. Masa tu hancur luluh hati aku dan terasa macam nak pitam jer sebab aku ingat aku akan dpt berita gembira rupanya berita sedih yang diterima. Dahlah aku tgh tak sihat tapi nasib baik jgk la tak pengsan. Kang tak pasal2 aku kena hantar ke hospital.


Lepas tgk wayang, kitaorang terus ke tempat penginapan seterusnya iaitu di CINTA SAYANG GOLF & COUNTRY RESORT. So, skang ni aku dah berada di dlm bilik dan tgh tgk tv sambil meng‘edit’ blog di Cinta Sayang Resort. Dia????? Dia pun menginap kat sini jgk tapi bilik dia kat tempat lain sebab aku dapat penginapan percuma kat sini sedangkan dia kena bayar. Hehehe... Tapi jgn fikir benda lain ek... Kitaorang lain bilik dan lain blok tau...

Okeylah... Sekarang ni aku nak kuar p makan jap coz dah lapar sangat. Dia dah tunggu aku ni nti kang meradang plak kalo aku lambat sebab dia pun dah lapar sangat. Tapikan... nak makan ape ek?????

Friday, April 25, 2008

Nak pegi bercuti....


Petang ni aku akan ke Sg. Petani, Kedah tapi sebelum tu aku transit kat Butterworth dulu sebab “best-friend” amik aku kat sana n sesama pegi ke SP. Aku memang dah lama nak bercuti kat Kedah dan hari ini percutian aku ke sana akan menjadi kenyataan.

Di samping tu jugak, aku nak tau sama ada aku akan terima berita gembira ataupun sebaliknya. Harap2 aku akan dapat berita yang menggembirakan hati sebab dah lama sangat aku dan dia bersahabat. Memandangkan kitaorang berdua mempunyai banyak persamaan dan tak salahkan kalo aku berharap yang aku dan terus bersama dalam suka dan duka.

Hmmm.... tinggi sungguh harapan aku kan. Walaumacammana sekalipun aku kena redha dan menerima keputusan dia dengan hati yang tenang. Andai tersurat yang dia bukan milik aku, aku kena hadapinya dengan tabah dan redha akan ketentuan-NYA. Tapi macam mana ek... Aku takut aku tak cukup kuat utk hadapi sebarang kemungkinan yang berlaku memandang keadaan aku sekarang ni kurang sihat.

Ya Allah... bantulah hamba mu ini menempuh segala rintangan, cabaran dan juga segala ketentuan-Mu. Semoga aku lebih tabah menghadapi segala ujian yang engkau turunkan kepadaku. Amin....

Thursday, April 24, 2008

Keta nak jatuh....


Masa balik keje tadi, aku singgah kat Pusat Jualan Leno kat Bandar Kinrara, Puchong sebab pegi tukar kasut yang dah hampir sebulan aku tunggu utk replacement size. Bila dah settle urusan kat situ, aku pun balik ikut Federal Highway dan seperti yang telah diketahui umum kesesakan lalu lintas yang teruk di sepanjang jalan.

Dalam pada kebosanan yang amat teruk bila berada dalam traffic jammed, aku pun apalagi snap la satu photo yang agak2 menarik di mana ada sebuah kereta yang hampir2 nak jatuh dari atas bangunan. Kalo tak cayer cuba tengok...


cuba tengok betul2... hehehe...

Amacam... betul kan... Hehehe...

Sunday, April 20, 2008

JuMpA mEmBeR lAmA

Inilah member2 aku:- Duta, Gie Gie dan Ai

Tengah hari tadi aku pegi jumpa dengan member2 aku masa kat UiTM Segamat dulu kat Kajang sebab diorang nak sangat makan sate Kajang. Diorang tu sume aku kenal masa sam2 dalam persatuan iaitu “ Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Malaysia ”. Lama jugak la aku tak jumpa dgn diorang agak2 dalam 3-4 tahun kot.

Walaupun kitaorang dok kat sekitar Lembah Klang ni tapi disebabkan masing2 sibuk so, kitaorang pun takde la berjumpa. Kebetulan mmg hari ni aku xde pelan nak ke mana2 jadi boleh la jumpa diorang sume. Bila dah berjumpa tu macam2 la cerita lama keluar dan kitaorang pun apalagi bergambar la al-maklumlah masing2 gila berposing. Hehehe...

Lepas makan, kitaorang ke Putrajaya plak sebab member2 aku tu tak pernah pegi sana dan kitaorang pun jln2 la di sekitar Masjid Putra. Oleh sebab aku rajin ke sana, aku bawak la diorang tengok ikan besar kat Tasik Masjid Putera tu dan kitaorang lemparkan roti kat dalam tasik tu. Hmmm.... seronok sangat tengok ikan2 tu berebut2 utk makan roti yang dibaling. Ikan2 kat dalam tasik tu besar2 sume dan kalo tak cayer pegilah tengok sendiri.

Lama jugak la kitaorang kat situ dan bila dah puas kitaorang pun balik sebab sok nak keje. Bila dah lama tak jumpa, nak berpisah tu rasa macam berat sangat sebab banyak cerita yang nak diceritakan tapi nak wat camner kan masing2 dah keje dan ada life sendiri. Hopefully, lepas ni kitaorang boleh jumpa dan kuar jln2 lagi macam dulu2. Hehehe...

Buat Gie Gie, Duta dan Ai, hopefully lepas ni kita rajin2 ar contact sesama sendiri dan hopefully jugak kita boleh buat gathering lagi next time. Tapi kali ni kena la ajak member silat yang lain jugak. Baru gempak....

Friday, April 18, 2008

Angkat barang dari Dengkil-Port Klang


Oleh sebab semalam aku balik ke Port Klang so arini aku minta tolong mak untuk ambil barang kat umah Dengkil. Al-maklumlah... Lepas ni aku dah tak dok kat Dengkil lagi sebab housemate aku iaitu Kak Ika akan kahwin bulan depan dan jugak aku kena standby untuk outstation. Bukan aku tak boleh dok Dengkil lagi tapi disebabkan housemate aku yang sorang lagi tu bermasalah so aku lebih rela ulang-alik dari Port Klang ke Putrajaya dari dok dengan dia kat Dengkil. Dulu masa Kak Ila kahwin, aku pernah cakap yang aku akan pindah balik ke Port Klang sekiranya Kak Ika kahwin jugak lepas ni.

Masa on the way ke Dengkil, aku terperasan Kak Ila n suaminya on the way nak balik ke Kundang. Jadi, kitaorang tetap teruskan perjalanan ke umah Dengkil sebab takut tak sempat nak tengok abah kat Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang. Aku ingatkan xde orang kat umah rupa2nya, housemate aku yang sorang lagi tu ada kat umah dan Kak Ika mmg aku tau yang dia balik ke Penang sebab nak uruskan fasal borang nikah dia.

Sementara aku angkat barang masuk dalam keta, mak lepak2 kat ruang tamu sambil tengok tv. Bila settle jer angkat barang, kitaorang pun balik ke Klang dan singgah ke umah Waklong dulu sebelum pegi tengok abah kat HTAR. Agak2 dah ptg sket baru kitaorang pegi HTAR tengok abah dan kitaorang balik umah sebelum Maghrib.

Lepas mandi dan rehat2 jap, aku n mak kuar pegi makan sebab dah lapar. Hehehe... Lagipun tinggal aku ngan mak jer kat umah so tak berbaloi kalo masak kan. Memandangkan esok aku nak kuar jumpa member masa kat Segamat dulu so malam ni mmg makan kat luar la.

Sekarang ini gue mahu nonton movie, ayuh join gue sama mama nonton. Ayuh dong....

Monday, April 14, 2008

Rumah Baru Kak Ila

Lepas balik keje ptg tadi, aku terus ikut Kak Ila balik umah baru dia kat Putrajaya sebab dia baru pindah ke kuarters kerajaan semalam. Tengah hari semalam dia message kat aku suruh datang umah dia tapi masa dia hantar message tu aku masih lagi berada kat umah Kak Ika kat Penang. So, arini aku ikut la dia sebab nak tengok umah baru dia.

Aku ingat lepas Maghrib tadi nak balik umah Dengkil tapi Abg Rizal (suami Kak Ila) tak bagi aku balik sebab dah malam katanya dan dia suruh aku tido kat umah diorang je. Nasib baik la aku ada bawak baju kurung spare kat dalam keta so takpe ar kalo tak balik umah Dengkil. Oleh sebab aku tak jadi balik Dengkil, aku n Kak Ila kuar ke Presint 9 beli makanan utk makan malam.


Pemandangan Putrajaya dari umah Kak Ila

Disebabkan rumah Kak Ila ni tingkat 6 so, aku pun amik kesempatan mengambil gambar suasana waktu malam kat Putrajaya. Cantik sangat pemandangan waktu malam ni tau sebab banyak sangat cahaya lampu yang menerangi Putrajaya, lebih2 lagi kalo dok kat umah yang tinggi macam umah Kak Ila ni.

Okeylah... Aku nak sambung tengok pemandangan Putrajaya di waktu malam sambil berangan. Hehehehe.... Berangan jer kan keje aku. Hmmmm.....?????

Sunday, April 13, 2008

Balik ke Putrajaya


Kitaorang (aku, Kak Ika n adik) kuar dari umah Kak Ika lebih kurang jam 2 ptg selepas makan tengah hari n sembahyang Zuhur. Mula2 tu sebelum hantar adik kat PSP, aku bawak Kak Ika pegi tempat dia tempah baju kahwin dia kejap sebab nak kansel salah satu baju kahwin dia. Lepas settle sume, aku terus pegi ke PSP utk hantar adik aku.

Agak2 kul 4.30 ptg, aku n Kak Ika kuar dari PSP utk balik ke Putrajaya semula sebab masing2 dah start keje esok. Walaupun aku berdua je kat dalam keta dan dua2 ada lesen keta tapi yang bawak keta aku sorang je sebab Kak Ika tak berani nak drive. Hehehe... Aku tak kisah sgt sebab aku dah biasa bawak keta jauh. At least mak n abah aku tak risau aku jln jauh2 sebab aku ada kawan so, tak kisah la kalo aku sorang je yg drive.

Lebih kurang kul 8.00 mlm, aku berhenti rehat kat Hentian R&R Tapah untuk makan dan jugak Solat Maghrib. Bila dah dapat tempat duduk, aku pulak pening kepala sebab tak tau nak makan ape. So aku pun beli sandwich n air jer utk makan malam. Selepas makan n rehat, kitaorang teruskan perjalanan ke Putrajaya semula sebab takut lewat sangat sampai kat umah.

Baru kejap2 tadi lebih kurang jam 10.30 mlm kitaorang samapi kat umah. Memandangkan aku masih tak boleh tido so, aku pun updated la blog aku ni kejap. Akhirnya, sampai jugak aku kat umah Kak Ika kat Penang. Aritu masa dia bertunang aku tak dapat pegi sebab dia tak bagitau awal2. Nanti masa dia kahwin Insya-Allah aku akan pegi sana tengok dia naik pelamin.

Hmmm... tetiba plak rasa ngantok sangat so, aku nak pegi tido la skang. Nanti terbangun lambat plak sok sebab sok kena pegi keje.

Saturday, April 12, 2008

LaYaN pEraSaAn JaP


Sekali lagi aku dikejutkan dengan statement dari dia iaitu dia sedang menemani emaknya membeli barang2 untuk persiapan majlis dia yang akan datang. Bila majlisnya, dia tak cakap la plak. Terkejut giler aku dibuatnya lemah segala sendi dan nasib baik la tak pengsan. Kalo tak....hmm.... tak tau la camner. Dah la aku kat umah Kak Ika tak ke kalut jadinya nanti.

Bila dia cakap camtu, aku rasa macam tak percaya plak. Aku ingat aku akan dapat berita gembira dari dia tapi sebaliknya. Aku betul2 sayang sangat kat dia sebab dia sentiasa ada bila aku memerlukan seseorang di sisi. Walaumacammana sekalipun, aku tetap akan pergi berjumpa dengannya dengan harapan yang dia akan memberikan aku berita gembira dan bukannya berita sedih.

So, skang ni aku assume yang dia nak buat kejutan yang menggembirakan untuk aku dan sebelum matahari tenggelam aku nak layan perasaan kat buaian kat luar rumah jap. Hehehe...

Friday, April 11, 2008

NaK pEgI pEnAnG....


Petang jap lagi lepas balik keje, aku nak kena pegi Penang sebab Kak Ika minta tolong aku bawakkan barang2 kahwin dia balik Penang. Sambil2 tu aku kena hantar adik aku kat Politeknik Seberang Prai sebab dia dah abis cuti. Oleh sebab aku dan Kak Ika mmg nak balik Penang so, aku dengan rela hati nak hantar adik aku balik dan tak payah la abah bazirkan duit beli tiket bas untuk dia. Dah sehala kan jadi senang la nak hantar dia balik.

Disebabkan aku mmg nak ke Penang so aku ingat nak la jumpa dengan Nas, tapi last minit dia bagitau yang dia kena balik kampung tengok mak dia minggu ni. Hmmm... tak dapatlah nak kuar dengan dia minggu ni. Nampak gayanya memang hujung bulan ni je la yang aku boleh jumpa dia.

Okeylah... aku nak ready untuk balik ni sebab jap lagi nak terus pegi Penang.

Tuesday, April 08, 2008

Tak Mungkin Berpaling...


Malam tadi “Sahabat Baik” aku telah memberitahu aku yang dia telah menemui dan sedang berkawan dengan seseorang yang bakal menggantikan kekasih lamanya. Entah mengapa aku rasa sedih sangat sebab bukan aku yang menjadi pilihannya tetapi orang lain. Baginya aku hanyalah seorang “SAHABAT SEJATI” sahaja dan tidak lebih dari itu sedangkan aku menganggapnya sebagai salah seorang yang amat bererti dalam hidup aku. Tapi, nak wat camner kan dah hati dia menetapkan aku hanyalah seorang sahabat.

Sekarang ni aku rasa hidup aku kosong sangat tatkala dia mengatakan yang dia sedang berkawan dgn seseorang sekarang ni. Entah bagaimanalah perasaan aku sekarang ni. Aku dan dia tak mungkin dapat bersama lagi al-maklumlah di hatinya telah ada seseorang yang bakal menjadi suri hidupnya.

Aku????? Aku tetap aku yang akan teruskan hidup ni tanpa kehadiran dia di sisi. Walau apa pun, hujung bulan ni akan menentukan sama ada aku masih di hatinya atau tidak. Hopefully orang dimaksudkan tu adalah aku. Berangan je kan.... Sebelum ada ikatan dengan sape2 baik aku berangan dulu, nanti bila dah ada ikatan payah plak nak berangan. Hehehe...

Wednesday, April 02, 2008

Tayangan free berakhir


Posing sebelum tayangan bermula

Tak semena2 arini aku terpaksa amik cuti semata2 nak tengok wayang free kat Alamanda sebab arini merupakan hari terakhir untuk tengok wayang percuma. Hehehe...

Kereta ku sedang di servis

So, pagi2 sebelum tengok wayang aku pegi servis keta kat Perodua Balakong dulu sebab semalam aku ckp dgn bebudak opis yg aku cuti nak pegi servis keta. Lagipun minggu depan nak kena pegi Penang sebab Kak Ika minta tolong bawak dia dan barang2 hantaran dia balik Penang. Di samping tu jugak, aku kena hantar adik aku balik ke Politeknik.

Lebih kurang kul 12.00 tghari baru keta aku siap servis then aku terus pegi Alamanda utk jumpa dengan Kak Ma sebab kitaorang dah janji nak tgk wayang sesama. Lagipun dia yang tebus tiket wayang percuma tu sementara aku pegi servis keta pagi tadi.

Hari ni kitaorang rasa penat sket tapi seronok sebab tension fasal keje dah hilang. Hmmm... mana taknya dah kitaorang tgk wayang samapi 3 cerita straight mana la tak letih kan. Walau apa pun, kitaorang enjoy dan seronok sangat tau sebab dapat tgk wayang percuma. Hehehe... Okeylah... aku nak tido ni sebab sok kena pegi keje. Hahaha...

Tuesday, April 01, 2008

Nonton Filem Percuma

Di GSC Alamanda Putrajaya semalam

Hari ini sekali lagi aku n Kak Ma pegi tengok wayang free kat cinema yang baru buka kat Alamanda Putrajaya. Hari ni kitaorang pelan nak tengok citer “The Golden Compass n Om Shanti Om”. Memandangkan Kak Ma blm tengok citer Golden Compass tu so kitaorang pun tengok la citer walaupun aku dah tengok sebenarnya.

Semalam kitaorang dah start tengok 1st citer iaitu National Treasure 2 dengan Eiyja yang kebetulan dia takde kelas semalam. Hari ni cuma aku dengan Kak Ma je sebab Eiyja ada kelas. Maybe next time kitaorang bertiga boleh pegi tengok wayang bersama lagi.

Oleh sebab esok hari last tayangan percuma kat Alamanda, aku n Kak Ma nak pegi tgk 3 citer lagi yang blm kitaorang tengok. So esok kenalah amik cuti sbb takut tak sempat nak tgk sume citer tu.

Hmmm... jap lagi kitaorang nak pegi tebus tiket kat Alamanda utk tgk movie ptg ni lepas balik keje. Harap2 ada lagi la seating utk kitaorang tgk movie ptg dan malam ni.