Friday, April 18, 2008
Angkat barang dari Dengkil-Port Klang
Oleh sebab semalam aku balik ke Port Klang so arini aku minta tolong mak untuk ambil barang kat umah Dengkil. Al-maklumlah... Lepas ni aku dah tak dok kat Dengkil lagi sebab housemate aku iaitu Kak Ika akan kahwin bulan depan dan jugak aku kena standby untuk outstation. Bukan aku tak boleh dok Dengkil lagi tapi disebabkan housemate aku yang sorang lagi tu bermasalah so aku lebih rela ulang-alik dari Port Klang ke Putrajaya dari dok dengan dia kat Dengkil. Dulu masa Kak Ila kahwin, aku pernah cakap yang aku akan pindah balik ke Port Klang sekiranya Kak Ika kahwin jugak lepas ni.
Masa on the way ke Dengkil, aku terperasan Kak Ila n suaminya on the way nak balik ke Kundang. Jadi, kitaorang tetap teruskan perjalanan ke umah Dengkil sebab takut tak sempat nak tengok abah kat Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang. Aku ingatkan xde orang kat umah rupa2nya, housemate aku yang sorang lagi tu ada kat umah dan Kak Ika mmg aku tau yang dia balik ke Penang sebab nak uruskan fasal borang nikah dia.
Sementara aku angkat barang masuk dalam keta, mak lepak2 kat ruang tamu sambil tengok tv. Bila settle jer angkat barang, kitaorang pun balik ke Klang dan singgah ke umah Waklong dulu sebelum pegi tengok abah kat HTAR. Agak2 dah ptg sket baru kitaorang pegi HTAR tengok abah dan kitaorang balik umah sebelum Maghrib.
Lepas mandi dan rehat2 jap, aku n mak kuar pegi makan sebab dah lapar. Hehehe... Lagipun tinggal aku ngan mak jer kat umah so tak berbaloi kalo masak kan. Memandangkan esok aku nak kuar jumpa member masa kat Segamat dulu so malam ni mmg makan kat luar la.
Sekarang ini gue mahu nonton movie, ayuh join gue sama mama nonton. Ayuh dong....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment