Tengah hari tadi aku pegi jumpa dengan member2 aku masa kat UiTM Segamat dulu kat Kajang sebab diorang nak sangat makan sate Kajang. Diorang tu sume aku kenal masa sam2 dalam persatuan iaitu “ Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Malaysia ”. Lama jugak la aku tak jumpa dgn diorang agak2 dalam 3-4 tahun kot.
Walaupun kitaorang dok kat sekitar Lembah Klang ni tapi disebabkan masing2 sibuk so, kitaorang pun takde la berjumpa. Kebetulan mmg hari ni aku xde pelan nak ke mana2 jadi boleh la jumpa diorang sume. Bila dah berjumpa tu macam2 la cerita lama keluar dan kitaorang pun apalagi bergambar la al-maklumlah masing2 gila berposing. Hehehe...
Lepas makan, kitaorang ke Putrajaya plak sebab member2 aku tu tak pernah pegi sana dan kitaorang pun jln2 la di sekitar Masjid Putra. Oleh sebab aku rajin ke sana, aku bawak la diorang tengok ikan besar kat Tasik Masjid Putera tu dan kitaorang lemparkan roti kat dalam tasik tu. Hmmm.... seronok sangat tengok ikan2 tu berebut2 utk makan roti yang dibaling. Ikan2 kat dalam tasik tu besar2 sume dan kalo tak cayer pegilah tengok sendiri.
Lama jugak la kitaorang kat situ dan bila dah puas kitaorang pun balik sebab sok nak keje. Bila dah lama tak jumpa, nak berpisah tu rasa macam berat sangat sebab banyak cerita yang nak diceritakan tapi nak wat camner kan masing2 dah keje dan ada life sendiri. Hopefully, lepas ni kitaorang boleh jumpa dan kuar jln2 lagi macam dulu2. Hehehe...
Buat Gie Gie, Duta dan Ai, hopefully lepas ni kita rajin2 ar contact sesama sendiri dan hopefully jugak kita boleh buat gathering lagi next time. Tapi kali ni kena la ajak member silat yang lain jugak. Baru gempak....
No comments:
Post a Comment