Posing dulu sebelum balik. hehehe...
Aku sampai kat umah dari Alor Star td lebih kurang jam 6.30 ptg dan sebaik saja abah bukak pintu umah, aku terus onkan tv dan terus ke channel TV3 untuk tengok citer “BELLA”. Nasib baik sempat sampai kat umah sebelum “BELLA” abis. Hehehe...
Dari AS td jam 10.00 pagi dan terus ke sekolah adik aku kat Sabak Bernam sebab kena hantar dia balik ke asrama semula then terus balik ke Port Klang. Nampak gayanya percutian aku kali ni mendukacitakan sebab aku dan dia cuma sahabat baik sahaja dan tak lebih dari itu. Tak mungkin aku dengan dia bersama sebagai suami isteri seperti mana yang aku harapkan dan mungkin jugak aku ni terlalu mengharap pada dia kot.
Kecewa???? Memang aku rasa sedikit kecewa sebab semua yang aku harapkan tidak tercapai tapi apa2 pun aku kena redha yang dia mungkin bukan ditakdirkan untuk aku dan mungkin jugak aku dan dia hanya ditakdirkan untuk menjadi sahabat untuk selama-lamanya. Semoga dia berbahagia di samping orang yang dia sayang tidak termasuk aku walaupun dia memang menyayangi aku tapi sayang sebagai seorang sahabat. Semoga aku dipertemukan dengan insan yang lebih baik dari dia dan jugak insan yang betul2 menyukai dan menyayangi aku kerana diriku sendiri.
No comments:
Post a Comment