Entah nape malam ni aku rasa sedih sangat selepas dengar apa yang dia bagitau kat aku tengah hari dan malam semalam. Masa aku call Eiyja ptg tadi, meleleh2 air mata aku tau, itu blm aku call Kak Ila lagi kalo tak confirm aku kena ceramah dan dimarahi olehnya sebab dia tahu aku kecewa. Sepatutnya aku tumpang gembira atas kegembiraan dia sebab dia dah berjaya melupakan kisah silam dia dengan ex-gf dia yang sebelum ni dan skang ni dia dah ada gf baru dan juga akan mendirikan rumahtangga. Sebaliknya, skang ni aku rasa macam geram, sakit hati n jeles sgt dgn gf baru dia dan aku sendiri tak tau nape. Pelik kan...
Pemandangan dari atas Menara Alor Star
bergambar selepas turun dari menara
Sebelum dia hantar aku ke Hotel Seri Malaysia Alor Star td, kitaorang pegi naik ke Menara Alor Star utk tengok pemandangan bandar Alor Star dari atas. Masa aku naik kat menara tu, aku rasa kelakar sangat sebab Menara KL tu pun aku belum menjejakkan kaki lagi tapi di sini aku dah pun menjejakkan kaki aku kat Menara Alor Star. Kelakar sangat. Hehehe.... Lepas balik dari Alor Star ni aku ingat aku nak la naik ke Menara Kuala Lumpur tu plak. Mana taknya Menara Alor Star aku dah naik tapi Menara Kuala Lumpur tak pernah lagi ku jejakkan kaki.
Oleh sebab family aku nak turun ke Alor Star selepas bercuti di Penang so, aku pun tunggu la diorang kat bilik hotel ni. Tak lama lepas dia balik, family aku pun sampai dan kitaorang kuar ke Pekan Rabu utk cuci2 mata, sedangkan tadi aku dah pegi dengan dia sebelum dia balik tadi. Masa dia hantar aku ptg tadi, aku rasa sedih sangat sampaikan aku tak nak bagi dia balik ke Kulim. Aku rasa macam nak sentiasa berada di sisi dia tetapi apakan daya dia skang ni dah menjadi bf orang so, tak sepatutnya aku terlalu rapat dengan dia takut ada yg makan hati.
Selepas balik dari makan malam td, cikgu aku masa sekolah datang n ajak kuar tapi aku tak larat sebab kepala aku sakit sangat dan family aku je yang pegi kuar jumpa dengan cikgu aku tu. Oh ye!! Lupa plak... nama cikgu aku tu Ahmad Bin Din tapi aku panggil dia Cikgu Mad Din dan dia merupakan cikgu disiplin aku masa sekolah rendah. Kalo tak silap dah hampir 13 tahun aku tak jumpa dengan dia dan kebetulan dia memang orang Alor Star dan abah terus call dia dan dia dtg ke hotel utk jumpa.
Nampaknya percutian aku kat CINTA SAYANG GOLF & COUNTRY RESORT memberikan satu kenangan yang tak mampu di lupakan sebab aku tak mungkin akan bersama lagi dengan dia memandangkan dia dah ada kekasih. Selepas ni aku akan terus berdiam diri dan berhenti mencari pasangan hidup sebab aku tak mahu kecewa lagi. Di Cinta Sayang hatiku terluka dan di Cinta Sayang jugalah cinta sayangku padanya kecundang.
No comments:
Post a Comment