Tengah pikir apa yg akan terjadi lepas ni....
Seperti yang ku jangkakan, Kak Ila dan Eiyja betul2 marah sebab bagi diorang aku telah dikecewa dan dipermainkan oleh dia. Tapi, bagi aku dia tak pernah mempermainkan perasaan aku cuma aku jer yang terlalu mengharap agar persahabatan aku dan dia akan menjadi satu perhubungan yang manis.
Air mata aku mengalir bila aku meluahkan rasa tak puas hati aku pada diorang berdua sebab buat masa ni aku macam tak dapat terima hakikat dan kenyataan yang hubungan aku dan dia hanya sebagai seorang sahabat. Aku bukan apa, aku kecewa sebab dia tak berterus terang dgn aku dari awal perkenalan dia dan kekasih barunya.
Memang aku kenal gf dia tapi tak seluruhnya la sebab aku pernah lihat gambar dia di friendster dan cukup tak ku sangka yang diorang sebenarnya berkenalan melalui friendster dan jugak dari sahabat baik dia yang sorang lagi tu. Akhirnya dia dapat jugak orang yang dekat dengan dia berbanding yang dulu.
Untuk meredakan kemarahan Kak Ila dan Eiyja pada dia, aku kenalah ikut cakap diorang berdua sebab kalau tak ikut nanti rahsia hatiku akan terbongkar pada sahabat aku tu. Aku kalau boleh tak mahu dia tahu akan isi hatiku pada dia sebab hati dia telah mengatakan aku hanya seorang sahabat baik. Nak tak nak aku kenalah terima hakikat itu.
No comments:
Post a Comment