Tuesday, April 08, 2008

Tak Mungkin Berpaling...


Malam tadi “Sahabat Baik” aku telah memberitahu aku yang dia telah menemui dan sedang berkawan dengan seseorang yang bakal menggantikan kekasih lamanya. Entah mengapa aku rasa sedih sangat sebab bukan aku yang menjadi pilihannya tetapi orang lain. Baginya aku hanyalah seorang “SAHABAT SEJATI” sahaja dan tidak lebih dari itu sedangkan aku menganggapnya sebagai salah seorang yang amat bererti dalam hidup aku. Tapi, nak wat camner kan dah hati dia menetapkan aku hanyalah seorang sahabat.

Sekarang ni aku rasa hidup aku kosong sangat tatkala dia mengatakan yang dia sedang berkawan dgn seseorang sekarang ni. Entah bagaimanalah perasaan aku sekarang ni. Aku dan dia tak mungkin dapat bersama lagi al-maklumlah di hatinya telah ada seseorang yang bakal menjadi suri hidupnya.

Aku????? Aku tetap aku yang akan teruskan hidup ni tanpa kehadiran dia di sisi. Walau apa pun, hujung bulan ni akan menentukan sama ada aku masih di hatinya atau tidak. Hopefully orang dimaksudkan tu adalah aku. Berangan je kan.... Sebelum ada ikatan dengan sape2 baik aku berangan dulu, nanti bila dah ada ikatan payah plak nak berangan. Hehehe...

2 comments:

nizza-abira said...

alahai adikku...jgn le bersedih...
doa & solat hajat bebanyak ye...
InsyaAllah kalau ada jodoh, takkan ke mana....

iman_kirana said...

terima kasih kakakku..skang ni hati adikmu dah tenang ckit...