Saturday, May 31, 2008

Kenduri kawin Kak Ika d Penang


Kul 11.00 pagi tadi, aku dan family termasuklah anak sedara kesayangan aku iaitu Nizam bertolak dari umah atok ke Politeknik Seberang Prai untuk amik Kak Eton nak bawak dia pegi kenduri kahwin Kak Ika. Lagipun dah alang2 ada kat Penang kitaorang pegi la jumpa dia kat PSP dan bawak dia kuar sebab dia ada exam dan tak balik Port Klang.

Posing dulu sebelum makan

Sampai jer kat umah Kak Ika, aku terus jer jumpa dengan mak dia sebab mak dia jer yang aku kenal. Lepas jumpa dgn mak dia, aku pun p jumpa dengan dia kat dalam umah dan tengok dia tengah bergambar so, aku malas la nak kacau then aku ajak family dan anak sedara aku tu p makan dulu nanti baru jumpa dgn Kak Ika dan Abg Wan balik.

Abg Wan & Kak Ika makan adap-adap

Sedang kitaorang tengah makan, Kak Ika and Abg Wan baru nak makan so, kitaorang tunggu la sampai diorang abis makan. Oleh sebab mak dah tak larat sangat aku pun pegi la jumpa dengan pengantin baru tu utk minta diri nak balik lagipun nak pegi hantar Kak Eton balik dulu. Nanti sampai kat umah atok lambat plak, lagipun hari macam nak hujan jer.

Aku tengok Kak Ika n Abg Wan happy sangat sebab tak sangka aku sudi datang ke majlis diorang berdua. Berbanding dengan Kak Ila dan Abg Rizal, diorang sedih sebab aku tak dapat datang ke majlis diorang tahun lepas sebab aku ada kat Kelantan atas urusan kerja.


Masa on the way nak balik umah atok lepas hantar Kak Eton kat PSP, aku nampak ada sebuah kereta berhenti bersebelahan dengan sebuah lori di tengah2 jalan. Aku ingatkan driver kereta dan lori tu saje2 berhenti macam tu tepi, rupa2nya kereta tu dah tersekat kat lori tu. Tak caya tengok la kat bawah ni.


Beginilah keadaan kereta dan lori tesebut

Betul tak cakap aku????? Camner la kan diorang nak settlekan problem tu?????

Friday, May 30, 2008

BaLiK kAmPuNg.....


Malam ni aku n family nak balik kampung sebab esok nak pegi kenduri kahwin Kak Ika (ex-housemate aku) kat Kubang Semang, Bukit Mertajam, Penang dan lusa plak sepupu abah plak yang kahwin. Malam ni jugak ‘best-friend’ aku tu nak balik ke AS so, kitaorang balik sekali la tapi disebabkan dia bawak keta, aku tumpanglah dia sebab nak temankan dia takut ngantok waktu drive lagipun dia sorang jer kat dalam keta. Nanti dah nak sampai kat exit pegi kampung aku, dia turunkanlah aku dan aku balik kampung dengan family aku la.

Mulanya aku pelan nak pegi kenduri kahwin Kak Ika dengan dia tapi disebabkan housemate dia pun nak kahwin so, aku tak jadilah nak pegi kenduri Kak Ika esok. Minggu lepas baru mak dan abah bagitau yang diorang nak balik kampung disebabkan program diorang berdua tergendala akibat cuti mak telah di cancelkan oleh bos dia. Untuk menyedapkan dan menyenangkan hati diorang buat plan nak ikut aku pegi Penang langsung pegi umah Tok Su sekali.

Jadi, malam ni balik ke Utara dua keta la iaitu aku n best-friend aku satu keta dan family aku satu keta. Dah nak sampai kat kampung baru aku transfer kat keta mak. Mungkin hari ni kot kali terakhir aku jumpa dan berdua2an dengan sahabat baik aku tu. Al-maklumlah.... tak lama lagi dia akan bergelar suami orang dan aku jugak masih solo. Hmmm.... tak sabarnya nak balik malam ni.... Hehehe.....

Thursday, May 29, 2008

Permainan Dart


Bermula semalam hingga tak tau bila Pertandingan Permainan Dart telah bermula dan sekarang ni mata permainan tengah sengit dan tak pasal2 aku plak yang kena main disebabkan oleh peserta asal main dart ni takde. Aku yang tak reti nak membaling dart ni pakai baling jer la dan nasib baik tak kena orang. Hehehe... Sori la beb...

Antara situasi-situasi permainan dart

Oleh sebab mata utk hari ini seri so, permainan akan diteruskan pada minggu hadapan sebab kalau nak diteruskan esok alamatnya staff lelaki ni tak pegi sembahyang Jumaat la. Nampak gaya macam group SUB yang akan menang tapi group TSUB takkan mengaku kalah. Minggu depan adalah penentu utk tahu group mana yang menang.

Okay group TSUB..... ALL THE BEST.... Caiyok3x

Wednesday, May 28, 2008

Majlis Perpisahan Kak Kame

Yang berdiri inilah Pn. Kamariah Wan Omar a.k.a Kak Kame

“Bertemu dan berpisah adat manusia biasa, hilang di mata tapi di hati tidak lupa, berdoalah kita agar aman dan sentosa.....” lirik lagu utk perpisahan ini jer yang aku ingat.

Inilah antara gelagat-gelagat orang yang lapar. Hehehe...

Sebenarnya hari ini Bahagian PSA Aras 14 iaitu opis aku mengadakan jamuan perpisahan untuk Pn. Kamariah Wan Omar atau lebih dikenali di kalangan warga PSA Aras 14 dengan panggilan Kak Kame. Kak Kame telah dinaikkan pangkat sebagai CC di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam dan minggu ini merupakan minggu terakhir buat Kak Kame di Bahagian PSA Aras 14 ni.

Semua Pegawai & Kakitangan Bahagian PSA Aras 14 ini mengucapkan “Semoga Berjaya” dan “Ceria2 Selalu” di tempat baru. Diharap Kak Kame tidak melupakan semua kakitangan di bahagian ini. “ALL THE BEST KAK KAME”... Ini aku yang cakap ek... hehehe....

Tuesday, May 27, 2008

"HaPpY bIrThDaY mAmA"

You are my Angel!!!!!

“HAPPY BIRTHDAY TO YOU,
HAPPY BIRTHDAY TO TOU,
HAPPY BIRTHDAY DEAR MAMA,
HAPPY BIRTHDAY TO YOU”

“Semoga Panjang Umur & Dimurahkan Rezeki”

Itulah ucapan aku buat emak tersayang sebelum aku dan abah pegi keje pagi tadi. Pastu aku cakap yang hadiah utk besday dia tunda hari Jumaat. Hehehe... Teruk kan.... Hahahaha.....

Monday, May 26, 2008

Jom Makan Kek Besday.....

Yang baju biru tu la "BIRTHDAY GIRL"

Hari ni besday salah seorang staff kat bahagaian aku iaitu Pn. Rohaya Jaafar atau lebih dikenali dengan nama Kak Aya. Jadi, Pn. Jam dan kengkawan dia beli sebiji kek dan buat la celebration sket utk Kak Aya. Yang attend masa Kak Aya potong kek ialah seperti yang ada dalam gambar di atas. Hehehe...

Buat Kak Aya “SELAMAT HARI LAHIR & SEMOGA PANJANG UMUR SERTA DIMURAHKAN REZEKI”.

Sunday, May 25, 2008

Keluar dgn "BEST-FRIEND"

Aku sampai kat umah dari Keratong tadi dalam kul 1.00 tengah hari dan baru jer nak terlelap si sahabat baik aku hantar msg ajak aku kuar. Dah la letih tak hilang lagi dia dah ajak kuar dan oleh sebab tak nak menghampakan dia, aku pun terus bersiap. Alang2 dah kuar bolehlah aku survey2 hadiah utk besday mak dan juga besday dia Selasa n Rabu depan.

Disebabkan dia mmg bawak keta dari Kedah so, aku suruh dia amik dan hantar aku balik sebab aku malas nak drive. Sebelum aku kuar umah dia msg kat aku suruh aku naik train ke Subang Jaya dan dari sana dia amik aku dan terus ke Sunway Piramid. Mulanya kitaorang nak tengok wayang tapi last skali tak jadi sebab kawan dia taknak tengok wayang so, kitaorang jalan2 jer la kat dalam shopping complex tu.


Best-friend aku main game selepas tak jadi tgk wayang

Lewat petang kitaorang pun balik dan dia nak bawak kawan dia pegi makan kat Port Klang dan dia pelawa jugak family aku makan bersama. Nampaknya kali ni sekali lagi dia makan dengan family aku dan aku rasa macam dia adalah sebahagian dari keluarga tapi hakikatnya tidak. Adik aku plak terlebih excited sebab dia ingat sahabat baik aku tu akan jadi abang ipar dia padahal best friend aku tu dah nak kahwin tahun depan.

Lepas makan, dia dan kawan dia balik terus ke hostel INTAN dan aku n family plak terus ke umah Wak Long tengok dia. Sekarang ni hubungan aku dan sahabat baik aku tu dah tak macam dulu mungkin sebab dia ada kekasih baru kot. Entahla.... nak buat camne kan dah orang tak sudi dengan kita nak wat camne lagi takkan nak paksa dia terima kita plak kan. Ape2 pun semoga aku dipertemukan dengan insan yang betul2 menghargai aku.

Saturday, May 24, 2008

Jalan2 kat Johor-Pahang

Rakan sekerja abah bergambar bersama pengantin

Walaupun aku masih terasa letih sebab baru balik dari kursus Khamis baru2 ni tapi aku masih nak ikut family aku ke Endau, Johor untuk menghadiri majlis perkahwinan opis mate abah. Mulanya aku ingat malas nak pegi sebab letih lagi tapi bila mak n abah cakap nak ke Felda Keratong, aku pun ubah fikiran utk ikut diorang. Lagipun tempat tu dah dekat dengan Segamat so, bolehlah singgah kat tempat lama aku tu sebab dah rindu sangat. Hehehe...


Posing selepas balik dari kenduri


Pose tido adik aku....

Sampai kat umah atok kat Felda Keratong, mak cakap dia letih dan ngantok sangat so dia nak tido n rehat kejap. Dalam pada tu jugak hujan turun dengan lebat dan akhirnya tak jadi la balik ke Port Klang malam ni. Nak tak nak kenalah tido kat sini dan esok pagi2 baru balik ke Port Klang. Hmmmm.... tak dapat la aku nak pegi pasar malam kat Segamat malam ni tapi takpe next time boleh pegi lagi.

Okeylah ek aku nak tido ni coz penat sangat di tambah lagi dengan hujan skang ni. Perh!!!!! Mesti best la tido malam. Bye... Selamat Malam...

Friday, May 23, 2008

Kursus kat Suria Cherating, Kuantan

20-22/05/2008 Kursus Protokol kat Cherating, Kuantan

Selasa hingga Khamis lepas, aku, Pn. Noraini Kasim, Cik Julia dgn En. Mahadi dikehendaki menghadiri Kursus Protokol dan Etika Sosial anjuran PSM di Suria Cherating Beach Resort, Kuantan, Pahang. Mulanya aku tak pegi tapi disebabkan dah takde orang so aku pun pegi la.

20/05/2008 - Bertolak ke Kuantan
Ice breaking masa baru2 sampai

Jam 8.30 pagi, aku dan warga MOA yang kena pegi kursus kat Cherating menaiki bas yang disediakan. Mula2 aku ingat ramai la yang naik bas utk ke Cherating tetapi rupa2nya tak sampai separuh bas pun. Kebanyakkan mereka bawak keta sendiri. Nasib baik la aku diberitahu last minit, kalau tak aku pun bawak keta jugak. Hehehe... Kitaorang sume sampai kat tempat kursus lebih kurang jam 1.00 tghari dan terus makan pastu rehat. Kul 2.30 ptg kursus dimulakan dengan sesi ‘ice breaking’ sehingga jam 5.00 ptg dan aku n Pn. Noraini pun balik ke bilik kitaorang utk tido coz penat sangat. Hehehe... Kul 8.30 malam plak kuliah pertama dalam kursus protokol ni bermula dan habis jam 11.00 malam. Balik jer kat bilik selepas minum malam aku pun gosok la baju utk dipakai sepanjang kursus sebab aku tak bawak iron, nak gosok baju ni pun kena pinjam dgn Pn. Noraini coz kitaorang sebilik.

21/05/2008 – Jalan2 kat Pantai
Posing kat tepi laut dan sekitar hotel

Lepas habis kuliah jam 5.00 ptg tadi, kitaorang berdua (aku n Pn. Noraini) jalan2 kat tepi pantai yang terletak berhadapan dgn hotel. Pelbagai pose yang aku dan Pn. Noraini buat almaklumlah.... aku kat suka posing. Tak pasal2 Pn. Noraini pun terlibat dengan aku. Hehehe... Seronok sangat jalan2 kat tepi pantai sebab tak ramai orang dan aku pun amik la kesempatan berposing puas2 kat tepi pantai tu. Hehehe... Bila dah dekat nak Maghrib, kitaorang berdua terus ke tempat makan utk makan malam sebab utk kuliah kul 8.30 mlm nti kitaorang boleh pegi lambat sikit. Kalau la takde kelas waktu malam, confirm aku dah tido sebab letih dgr kuliah dari pagi sampai petang dan juga letih sebab jalan2 kat tepi pantai.

22/05/2008 – Balik ke Putrajaya
Posing dulu sebelum balik ke Putrajaya

Kat dalam bas MOA

Aku sampai kat umah kul 10.00 malam sebab keta tayar keta mak bocor kat area2 Shah Alam masa on the way nak balik lepas amik aku kat opis. Masa nak balik tadi, aircond bas rosak kejap masa kitaorang sume tengah sibuk beli satar. Tapi, nasib baik kejap jer, kalau tak sampai kat Putrajaya la kitaorang kat dalam bas berpeluh sebab panas. Sampai kat Plaza Tol Gombak, hujan turun la plak. Nasib baik aircond bas dah okay kalau tak confirm bas dah banjir sebab bumbung bas terbuka. Hehehe... Ape2 pun best sangat kursus tu dan hopefully aku dapat attend lagi kursus camni pada masa akan datang.

Monday, May 19, 2008

Hmm...Dia Datang....


Tengah hari tadi, “best-friend” aku datang umah selepas dia hantar kawan dia balik Penang kat Puduraya. Oleh sebab dia dah lupa jalan ke umah aku so, dia minta aku dtg amik dia kat KL Sentral dan dia tunggu aku kat tempat parking berhampiran dengan KL Sentral. Lepas dia amik aku, kitaorang pegi ke Pudu balik sebab dia nak jumpa kawan dia sebelum kawan dia naik bas.

Sebelum sampai kat umah, aku call mak dulu tapi hampeh sebab dia tak jawab tepon. Mesti dia tengah tido la tu takpun tak perasan yg tepon dia bunyi sebab dia suka sangat silent kan handphone. Bila call tak berjawab, aku ajak la “best-friend” aku tu ke Hospital Sri Kota utk tgk Ayah Long dan juga amak n abah manalah tau diorang ada kat sana. Bila sampai kat wad, aku tengok diorang takde dan kakak2 aku bagitau yang mak aku blm datang lagi.

Aku ajak la dia masuk sekali tapi tak nak la plak so dia dok kat luar dengan anak2 sedara aku. Kat dalam bilik plak kakak aku menjerit dan cakap “Kalau nak meminang tu masuk la...”. Nasib baik dia tak dengar, kalau tak hmm.... tak tau la aku nak cakap ape dgn dia. Nampaknya sekarang diorang dah salah faham ttg hubungan aku dgn dia tapi sebenarnya aku tau yang diorang tahu aku memang sukakan “best-friend” aku tu. Nak wat camner dah dia tak nak ngan aku kan takkan la aku nak paksa dia terima aku.

Sebelum dia balik tadi, kitaorang pegi ke Jaya Jusco Bukit Tinggi, Klang saje jalan2 memandangkan mak n abah aku takde kat umah sebab pegi tgk Ayah Long kat hospital. Mulanya aku malas nak kuar tapi bila memandangkan yang tinggal kitaorang berdua jer kat umah so, kitaorang pun kuar la jalan2 sebab tak mahu benda2 tak elok berlaku. Masa kat JJ, terserempak plak dengan kawan yg juga 2 pupu aku kat sana. Dia pun dah salah faham bila tengok kitaorang berdua dan masa kitaorang nak berpisah dia sempat pesan dengan “best-friend” aku supaya jaga aku baik2.

Dalam hati aku punya la seronok sebab ada orang pesan pada supaya jaga aku tapi tak mungkin dia akan jaga aku buat selamanya. Dia kan dah ada orang yang dia nak jaga so, buat apa dia nak jaga aku. Biarlah orang lain yang jaga aku buat selama2nya. Lepas dah puas jalan2 dia pun hantar aku balik dan jumpa dengan family aku then pastu dia terus balik ke hostel dia semula. Bila dia dah balik aku pun apalagi masuk tido la sebab esok nak kena pegi kursus. Hehehe...

Sunday, May 18, 2008

Rutin Harian ke Hospital


Seperti biasa aku dan family merupakan orang yang setia melawat Ayah Long di hospital sejak dari mula dia dimasukkan ke hospital. Itu pun dah nak petang baru aku n mak abah pegi hospital sebab kitaorang pegi ke Sabak Bernam tengok adik aku kat asrama. Lagipun semalam dia call suruh datang sebab nak beli barang kat Pekan Sabak.

Kuar dari asrama, kitaorang terus balik sebab nak kena pegi hospital tengok Ayah Long. Sejak dia sakit ni, aku rasa macam ada sesuatu perkara yang aku belum aku buat dan dah menjadi sebahagian dari rutin harian aku utk pegi tengok dia kat hospital. Bukannya dia takde anak2 yang datang tengok dia tapi entahlah..... aku akan rasa macam tak sedap hati plak kalau tak pegi tengok dia. Lagipun dia tak pernah dok kat hospital cuma sekarang ni jer dia kena dok kat hospital disebabkan sakit yang dia hidapi.

Sampai kat Sekinchan, aku berhenti kat petrol pump sebab nak kena bagi si Kelisa tu minum kalau tak karang kena tolak plak. Sementara aku bagi si Kelisa tu minum, aku suruh mak pegi beli kuih putu piring kat sebelah petrol pump utk dibawa ke hospital nanti. Bila dah siap bagi si Kelisa tu minum dan mak pun dah beli kuih so, kitaorang pun teruskan perjalanan ke hospital sebab nanti kalau lambat waktu melawat abis plak.

Dah nak dekat kul 6.00 ptg kot baru kitaorang sampai kat hospital. Macam hari2 sebelum ni la, bilik Ayah Long dipenuhi dengan kaum keluarga yang datang melawat. Mulanya aku malas nak balik sebab aku ingat nak temankan dia kat hospital malam ni memandangkan nati dekat 3 hari aku tak dapat dtg tapi bila abang2 aku masing2 nak jaga Ayah Long so, aku pun balik la lagipun esok “best-friend” aku nak dtg umah. Kenalah kemas2 ckit. Hehehe...

Saturday, May 17, 2008

Ayah Long pindah hospital


Memandangkan keadaan Ayah Long aku masih macam tu, abg2 dan kakak aku berpakat utk pindahkan Ayah Long ke hospital lain. Dari HTAR ke Hospital Sri Kota berhampiran dengan Bandar Klang. Di hospital tu Ayah Long telah ditempatkan di bilik yang agak selesa di mana dia sorang jer kat dalam bilik tu. So, boleh la kitaorang ramai2 dok kat dalam bilik tu menemankan dia sehingga dia sihat dan boleh balik ke rumah semula.

Masa kat hospital, Along minta aku utk temankan Mak Long kat umah sementara Ayah Long aku kat hospital. Tapi disebabkan aku kena pegi kursus kat Kuantan Selasa sampai Rabu ni, so terpaksalah Wak Sulong dok kat umah kakak aku kat Pandamaran. Kalau aku tak kena pegi kursus bolehlah aku temankan dia kat umah lagipun umah dia adalah umah kedua bagi aku.

Aku pun rasa macam berat hati nak pegi kursus tu sebab keadaan Ayah Long aku yang masih belum sihat dan terpaksa tinggal di hospital buat sementara waktu. Tetapi, disebabkan ini adalah arahan jabatan so, nak tak nak aku kenalah pergi memandangkan tahun ni aku belum lagi pegi mana2 kursus. Apa2 pun aku berdoa semoga keadaan Ayah Long makin sihat sepanjang ketiadaan aku selama 3 hari.

Friday, May 16, 2008

Kena pegi kursus kat Kuantan

Masa aku tengah buat keje dengan En. Salimi dan Pn. Zu, tetiba jer Pn. Noraini Kasim panggil aku dan bagitau yang aku kena pegi Kursus Protokol kat Cherating pada Selasa ni 20/05/2008 bagi menggantikan Eiyja yang tak dpt pegi atas alasan exam. Nasib baik aku free time tu then aku setuju la utk pegi kursus tu memandangkan tahun ni aku blm pegi mana2 kursus lagi.

Kursus yang akan aku pegi Selasa ni memang menyeronokkan dan memang aku suka sebab kursus ni akan mengajar aku lebih detail mengenai protokol2 majlis. Walaupun aku tahu serba sedikit mengenai protokol2 majlis dan aku pernah terlibat dalam membuat majlis yang melibatkan Menteri Besar tetapi aku tahu yang banyak perkara2 protokol yang aku tak tahu. Oleh sebab itulah aku setuju utk pergi menghadiri kursus protokol ni. Sekurang2nya pengetahuan aku terhadap protokol2 majlis akan bertambah.

Disebabkan aku diberitahu lewat utk ke Cherating, aku kenalah naik bas yang disediakan oleh MOA dan tak jadi la bawakm keta. Hehehe... Lagipun time tu gaji blm kuar lagi so naik bas jer la. Sekurang2nya takde la penat sangat dan Cherating tu bknlah dekat sebaliknya jauh agak2 6 jam perjalanan dari Putrajaya. Nampak gayanya mak la yang terpaksa hantar aku ke opis Selasa depan. Hehehe...

Thursday, May 15, 2008

Tawaran ke UiTM Shah Alam

Yea yea... dapat belajar balik....

Petang semalam masa dah nak dekat2 waktu balik keje, aku saja la masuk laman web UiTM utk semak keputusan sama ada permohonan aku nak belajar semula diterima atau tidak. Mulanya aku dah frust sgt sebab anak pada opis mate aku dah dapat tau keputusannya tapi keputusan permohonan aku belum kuar lagi.
Berkongsi berita gembira dengan Eiyja

So, sebelum balik aku try la check semula dan alhamdulillah syukur kepada Tuhan aku telah diterima utk belajar di UiTM Shah Alam dalam jurusan Diploma Pengurusan Perniagaan seperti yang aku mohon dulu. Bila dah tengok keputusan tu aku terus memanggil Eiyja utk berkongsi berita gembira ini. Kemudian, aku terus pegi jumpa Kak Ani dan Kak Marwiah bagitahu yang aku dapat belajar semula.

Gembiranya aku tak tau nak cakap macam mana. Esok aku akan mohon utk tukar waktu bekerja dari masuk jam 8.00 pagi ke jam 7.30 pagi sebab nanti senang utk aku ke kelas. Aku berikrar dan berjanji akan belajar bersungguh dan tak mahu hampakan perasaan family dan rakan2.

Wednesday, May 14, 2008

Lawan main Karon plak...

Bermula dari 12 Mei 2008 hinggalah ke hari ini 14 Mei 2008, Bahagian PSA Aras 14 meneruskan Pertandingan Permainan Karom antara staff. Bermacam-macam gaya dan corak permainan yang dilakukan oleh staff PSA Aras 14 ni. Kalau tak caya tengok pose2 menarik diorang kat bawah ni.

Gaya2 peserta karom

Dalam Pertandingan Karom ni group SUB telah menang menewaskan group TSUB iaitu group aku. Actually, aku pun main karom jugak. Hehehe.... Aku ni sebenarnya tak reti main langsung tapi menang jugak walaupun secara keseluruhan aku group aku kalah. Walau apa pun, kitaorang sume staff PSA Aras 14 ni enjoy dengan semua game yang dipertandingkan. Maybe minggu depan game dart plak dan harap2 group TSUB plak yang menang sebab game congkak kitaorang dah menang so, hopefully utk keseluruhan game biarlah group TSUB yang menang. Hehehe....

Saturday, May 10, 2008

"Best-friend" aku dtg kursus


Lewat petang tadi, aku pegi jumpa “SAHABAT BAIK” aku kat KL Sentral sebab dia nak pinjam iron dari aku utk dia guna sepanjang dia berkursus kat INTAN Wilayah Tengah kat PJ. Mulanya aku teragak2 nak pegi jumpa dia sebab dia tak call aku langsung sebelum dia bertolak ke KL pagi tadi. Masa kat umah aku terfikir jugak betul ke dia nak jumpa aku ptg tadi. Aku teragak2 sama ada nak pegi ataupun tidak tetapi memandangkan dia nak pinjam iron aku, nak tak nak aku pun pegi la jumpa dia kat KL Sentral tanpa apa2 perasaan seperti sebelum2 ni.

Sampai jer kat KL Sentral, dia dah siap tunggu aku kat pintu keluar dan terus bawa aku ke kedai makan sebab dia dah lapar sangat termasuklah aku. Hehehe.... Masa berdua dengan dia, aku rasa macam bersalah sangat sebab orang yang aku jumpa dan kuar tu adalah kekasih orang walaupun dia merupakan sahabat aku. Kalaulah Kak Ila dan Eiyja tau yang aku jumpa dengan dia, mesti aku kena lecture lagi dengan diorang sebabnya aku tahu yang diorang berdua tu tak nak aku sedih dan terluka lagi dengan apa yang dah jadi setakat ni.

Tapi, selepas dari jumpa dia bulan lepas aku dapat rasakan yang hubungan kitaorang dah tak mesra macam sebelum dia kenal dengan perempuan tu. Nak kata aku cemburu..... of course aku cemburu, sakit hati dan macam2 lagi sebab dia tak berterus terang dengan aku masa dia baru2 kenal dan berkawan dengan perempuan tu. Segala perasaan yang timbul dalam diri aku membuatkan aku sedih sangat. Kalaulah benar aku ini adalah SAHABAT SEJATI seperti yang dia cakap pada aku, mesti dia akan berterus terang kan.. Hmmm..... mungkin telah tersurat yang dia bukan milik aku utk selamanya.

Biarlah pertemuan aku dan dia mulai dari hari ini sehingga dia pulang ke Kedah semula sebagai pertemuan yang tidak akan terjadi selepas dia pulang ke sana nanti. Aku berjanji dengan diri sendiri dan juga pada Kak Ila n Eiyja yang aku takkan pegi ke sana berjumpa dengannya lagi dan aku juga akan terus berdiam diri sampai dia terasa akan kehilangan aku. Biarlah aku dan dia membawa haluan masing2. Aku dah tak sanggup dan dah tak kuat utk menempuh segala2nya. Kenangan manis antara aku dan dia telah menjadi kenangan yang amat pahit dalam hidup aku.

Friday, May 09, 2008

UnTuKmU iBu....

BuAt MaMa TeRsAyAnG - pUaN rOkIaH tApO

"SELAMAT HARI IBU"

Inilah dia MAMA tersayang - Pn Rokiah Tapo

“IBU...... IBU......,
ENGKAULAH RATU HATIKU,
BILA KU BERDUKA ENGKAU HIBURKAN HATI,
IBU..... IBU......,
ENGKAULAH RATU HATIKU.”

Terima kasih di atas segala pengorbanan yang telah mak lakukan dalam membesarkan kakak dan adik2, tanpa mak siapalah kami. Sempena Hari Ibu tahun ni diharapkan agar apa yang mak idam2kan akan tercapai dan doa kakak buat mak SEMOGA PANJANG UMUR, DIMURAHKAN REZEKI dan SEMOGA BERBAHAGIA.

“HAPPY MOTHER’s DAY 2008”


Thursday, May 08, 2008

PoSiNg JeR kEjE aKu....HeHeHe.....


Hari ini perjuangan di antara Pasukan TSUB A dan TSUB B dalam Pertandingan Congkak telah berakhir dengan kemenangan berpihak kepada Pasukan TSUB B iaitu pasukan aku la dan aku telah menang tanpa bertanding. Hehehe... Nak tau sebab apa... Orang yang sepatutnya lawan congkak dengan aku MC sebab semalam dia jatuh motor masa hantar surat kat KL. Kesian dia... Semoga dia tak apa2 dan semoga dia sihat dan boleh pegi keje macam biasa.

Pelbagai pose dari aku & Eiyja

Disebabkan lawan aku tak datang jadi, aku dan Eiyja pun macam biasa la... bila dah ada kamera, kitaorang pun ape lagi berposing la. Hehehe... Orang sibuk lawan main congkak, aku dan Eiyja plak sibuk berposing dengan pelbagai pose dan serata tempat kat opis ni. Orang2 kat opis ni sume geleng kepala melihat perangai kitaorang berdua. Hehehe...

Ini Kak Zety dan Kak Shidah

Yang ni plak adalah Kak Nurul

Bila dah puas berposing kitaorang berhenti la dan aku terus meng ‘updated’ kan blog aku yang makin hari makin banyak plak cerita. Terima kasih buat Kak Zety, Kak Nurul dan Kak Shidah sebab tanpa diorang takde la blog ni dan sebab diorang jugak la aku berjaya meng ‘updated’ blog aku ni. TQ sister’s....

Wednesday, May 07, 2008

Pertandingan Antara Staff Aras 14

Sekitar Pertandingan Congkak antara staff PSA Aras 14

Bermula semalam bahagian aku iaitu Bahagian Perancangan Strategik & Antarabangsa Aras 14 mengadakan Pertandingan Congkak, Karom dan Dart di kalangan staff2 di Aras 14 ni. Memandangkan bahagian aku ni mempunyai ramai staff jadi, Ketua Biro Sukan kelab PSA Aras 14 iaitu CC Shahrul, telah membahagikan staff 2 kepada 2 kumpulan iaitu satu kumpulan di bawah Setiausaha Bahagian (SUB), Pn Yeoh manakala satu kumpulan lagi di bawah Timbalan Setiausaha Bahagian (TSUB), En Salimi.

Dalam kumpulan SUB, staff2 telah dibahagikan lagi kepada 2 kumpulan iaitu kumpulan SUB A dan SUB B, begitu jugak dengan kumpulan TSUB yang dipecahkan lagi kepada 2 kumpulan iaitu kumpulan TSUB A dan TSUB B. Aku plak telah dimasukkan ke dalam kumpulan TSUB B, Eiyja plak dimasukkan ke dalam kumpulan SUB dan Kak Ma plak dimasukkan ke dalam kumpulan TSUB B. Jadi sekarang ni aku n Kak Ma dalam kumpulan yang sama iaitu kumpulan TSUB, manakala Eiyja plak dalam kumpulan SUB.

Mengikut jadual perlawanan yang di buat oleh Ketua Biro Sukan, minggu ini adalah minggu Pertandingan Congkak yang telah bermula semalam hinggalah ke hari ini. Mulanya aku diminta utk bertanding dalam pertandingan karom tapi last minit aku telah diminta utk bertanding dalam pertandingan congkak bagi menggantikan salah seorang ahli kumpulan yang tak datang hari ini. Mujur aku menang hari ini so, esok aku akan bertanding dalam peringkat akhir dan bertemu dengan kumpulan TSUB A. Maknanya kitaorang bertanding adik-beradik la. Hehehe....

Mama Opik macam nak marah aku jer.....

Masa aku tengok diorang lawan congkak, muka Mama Opik macam nak marah aku tak tahu fasal ape tapi lepas tu dah okay dah. Tak caya korang tgk la... Betul tak cakap aku.....


Dah okay dah..hehehe...

Sebenarnya, Mama Opik tu tgh bercakap dgn Kak Marwiah dan Kak Nurul manakala aku plak sibuk nak berposing dekat diorang. Bukannya Mama Opik nak marah aku. Hehehe....

Sunday, May 04, 2008

Kesian Ayah Long Aku....


Sekitar pemandangan dari koridor HTAR, Klang

Hari ni aku ngan mak n abah pegi ke hospital untuk melawat Pak Long aku yang telah dimasukkan ke hospital pada malam tadi semasa aku n family pegi tgk perasmian sukan paralimpiad kat Bukit Jalil. Sampai jer kat hospital, aku tengok Pak Long aku tengah tido dan Mak Long aku tgh berehat kat koridor hospital. Bila tengok dia kat atas katil hospital tu, aku rasa kesian sangat dan nampak sangat dia betul2 sakit dan uzur almaklumlah umur dia pun dah hampir2 80 tahun.

Tak lama lepas tu, abang dan kakak sepupu serta anak2nya plak sampai. Riuh jugak la hospital tu bila abang dan kakak aku datang sebab abang2 aku tu suka sangat menyakat dan mengusik aku. So, apalagi aku pun melawan la tapi lawan2 manje gitu. Hehehe... Diorang la antara sepupu aku yang rapat dan paling aku sayang.

Inilah antara anak2 sedara yg paling aku syg, Aiman dan Nizam

Sementara nak tunggu waktu melawat abis, aku pun apalagi dengan menggunakan kamera handphone aku pun amik la gambar pemandangan dari koridor HTAR dan juga gambar anak sedara aku yang aku sayang. Agak2 dah lewat ptg baru aku balik ke umah dan amik barang dan baju keje sebab aku kena tido kat umah Mak Long aku utk temankan dia.

Alamak.... dah lewat sangat la... Aku nak kena tido sebab sok pagi nak kena pegi keja plak. Utk pengetahuan, skang ni aku kat umah Mak Long aku dan la ni aku nak p tidoq dulu kang lambat plak bangun. Hehehe...

Saturday, May 03, 2008

Majlis Pembukaan Paralimpiad Malaysia



SeLaMaT dAtAnG ke MaJlIs PeMbUkAaN pArAlImPiAd

Lepas tengok adik aku kat Sabak Bernam, aku dgn mak n abah pegi ke Stadium Bukit Jalil untuk tengok Perasmian Sukan Paralimpiad. Masa kat dalam stadium tu, aku hampir2 pengsan tau. Nak tau nape?? Sebab aku kurang sihat dan malam tadi badan aku tetiba jer panas, tu sebab aku rasa macam nak pengsan masa tunggu perasmian tu bermula. Nasib baik ada mak n abah, dioarang terpaksa mencari dan membelikan aku makanan dan minuman untuk aku makan n minum memandangkan muka aku masa tu dah hampir2 pucat.


Ni baru jer sampai kat dalam Stadium Bukit Jalil

Muka2 bosan sebelum perasmian bermula

Lebih kurang jam 8.30 mlm baru acara bermula dan orang yang merasmikan Sukan Paralimpiad ni adalah ayah kepada bekas pelajar AF5, Dafi iaitu Dato’ Ismail Sabri bin Yaakob yang merupakan Menteri Belia dan Sukan. Majlis Perasmian Sukan Paralimpik ni dirasmikan dengan menggunakan letupan meriam sebagai simbolik perasmian.


Sekitar Majlis Perasmian Paralimpiad Malaysia

Sukan Paralimpiad ni disertai oleh semua Orang Kurang Upaya (OKU) dari semua negeri di Malaysia iaitu Selangor, Johor, Negeri Sembilan, Perak, Kedah, Kelantan, Terengganu, Sabah, Sarawak, Labuan, Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Pahang, Melaka dan Pulau Pinang. Pasukan dari Negeri Selangor dan Johor merupakan antara pasukan yang membawa paling ramai atlet utk menyertai acara2 sukan yang dipertandingkan.

Sebaik sahaja selesai perasmian, pihak penganjur telah membuat 100 cabutan bertuah yang telah dicabut terlebih dahulu sebelum majlis perasmian bermula. Nombor2 cabutan tu telah di paparkan di skrin besar stadium tapi sayang seribu kali sayang nombor tiket aku tiada dalam paparan kat skrin tu. Bila dah takde, kitaorang pun balik la sebab Pak Long aku tak sihat dan telah dimaksudkan ke hospital oleh abang aku masa kitaorang tgh tengok majlis perasmian td. Esok baru kitaorang pegi tengok dia kat Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang. Kesian Pak Long aku, semoga dia cepat sembuh dan sihat seperti sedia kala.