Thursday, May 08, 2008

PoSiNg JeR kEjE aKu....HeHeHe.....


Hari ini perjuangan di antara Pasukan TSUB A dan TSUB B dalam Pertandingan Congkak telah berakhir dengan kemenangan berpihak kepada Pasukan TSUB B iaitu pasukan aku la dan aku telah menang tanpa bertanding. Hehehe... Nak tau sebab apa... Orang yang sepatutnya lawan congkak dengan aku MC sebab semalam dia jatuh motor masa hantar surat kat KL. Kesian dia... Semoga dia tak apa2 dan semoga dia sihat dan boleh pegi keje macam biasa.

Pelbagai pose dari aku & Eiyja

Disebabkan lawan aku tak datang jadi, aku dan Eiyja pun macam biasa la... bila dah ada kamera, kitaorang pun ape lagi berposing la. Hehehe... Orang sibuk lawan main congkak, aku dan Eiyja plak sibuk berposing dengan pelbagai pose dan serata tempat kat opis ni. Orang2 kat opis ni sume geleng kepala melihat perangai kitaorang berdua. Hehehe...

Ini Kak Zety dan Kak Shidah

Yang ni plak adalah Kak Nurul

Bila dah puas berposing kitaorang berhenti la dan aku terus meng ‘updated’ kan blog aku yang makin hari makin banyak plak cerita. Terima kasih buat Kak Zety, Kak Nurul dan Kak Shidah sebab tanpa diorang takde la blog ni dan sebab diorang jugak la aku berjaya meng ‘updated’ blog aku ni. TQ sister’s....

No comments: