Disebabkan dia mmg bawak keta dari Kedah so, aku suruh dia amik dan hantar aku balik sebab aku malas nak drive. Sebelum aku kuar umah dia msg kat aku suruh aku naik train ke Subang Jaya dan dari sana dia amik aku dan terus ke Sunway Piramid. Mulanya kitaorang nak tengok wayang tapi last skali tak jadi sebab kawan dia taknak tengok wayang so, kitaorang jalan2 jer la kat dalam shopping complex tu.
Best-friend aku main game selepas tak jadi tgk wayang
Lewat petang kitaorang pun balik dan dia nak bawak kawan dia pegi makan kat Port Klang dan dia pelawa jugak family aku makan bersama. Nampaknya kali ni sekali lagi dia makan dengan family aku dan aku rasa macam dia adalah sebahagian dari keluarga tapi hakikatnya tidak. Adik aku plak terlebih excited sebab dia ingat sahabat baik aku tu akan jadi abang ipar dia padahal best friend aku tu dah nak kahwin tahun depan.
Lepas makan, dia dan kawan dia balik terus ke hostel INTAN dan aku n family plak terus ke umah Wak Long tengok dia. Sekarang ni hubungan aku dan sahabat baik aku tu dah tak macam dulu mungkin sebab dia ada kekasih baru kot. Entahla.... nak buat camne kan dah orang tak sudi dengan kita nak wat camne lagi takkan nak paksa dia terima kita plak kan. Ape2 pun semoga aku dipertemukan dengan insan yang betul2 menghargai aku.
No comments:
Post a Comment