Monday, May 19, 2008

Hmm...Dia Datang....


Tengah hari tadi, “best-friend” aku datang umah selepas dia hantar kawan dia balik Penang kat Puduraya. Oleh sebab dia dah lupa jalan ke umah aku so, dia minta aku dtg amik dia kat KL Sentral dan dia tunggu aku kat tempat parking berhampiran dengan KL Sentral. Lepas dia amik aku, kitaorang pegi ke Pudu balik sebab dia nak jumpa kawan dia sebelum kawan dia naik bas.

Sebelum sampai kat umah, aku call mak dulu tapi hampeh sebab dia tak jawab tepon. Mesti dia tengah tido la tu takpun tak perasan yg tepon dia bunyi sebab dia suka sangat silent kan handphone. Bila call tak berjawab, aku ajak la “best-friend” aku tu ke Hospital Sri Kota utk tgk Ayah Long dan juga amak n abah manalah tau diorang ada kat sana. Bila sampai kat wad, aku tengok diorang takde dan kakak2 aku bagitau yang mak aku blm datang lagi.

Aku ajak la dia masuk sekali tapi tak nak la plak so dia dok kat luar dengan anak2 sedara aku. Kat dalam bilik plak kakak aku menjerit dan cakap “Kalau nak meminang tu masuk la...”. Nasib baik dia tak dengar, kalau tak hmm.... tak tau la aku nak cakap ape dgn dia. Nampaknya sekarang diorang dah salah faham ttg hubungan aku dgn dia tapi sebenarnya aku tau yang diorang tahu aku memang sukakan “best-friend” aku tu. Nak wat camner dah dia tak nak ngan aku kan takkan la aku nak paksa dia terima aku.

Sebelum dia balik tadi, kitaorang pegi ke Jaya Jusco Bukit Tinggi, Klang saje jalan2 memandangkan mak n abah aku takde kat umah sebab pegi tgk Ayah Long kat hospital. Mulanya aku malas nak kuar tapi bila memandangkan yang tinggal kitaorang berdua jer kat umah so, kitaorang pun kuar la jalan2 sebab tak mahu benda2 tak elok berlaku. Masa kat JJ, terserempak plak dengan kawan yg juga 2 pupu aku kat sana. Dia pun dah salah faham bila tengok kitaorang berdua dan masa kitaorang nak berpisah dia sempat pesan dengan “best-friend” aku supaya jaga aku baik2.

Dalam hati aku punya la seronok sebab ada orang pesan pada supaya jaga aku tapi tak mungkin dia akan jaga aku buat selamanya. Dia kan dah ada orang yang dia nak jaga so, buat apa dia nak jaga aku. Biarlah orang lain yang jaga aku buat selama2nya. Lepas dah puas jalan2 dia pun hantar aku balik dan jumpa dengan family aku then pastu dia terus balik ke hostel dia semula. Bila dia dah balik aku pun apalagi masuk tido la sebab esok nak kena pegi kursus. Hehehe...

No comments: