Saturday, May 10, 2008

"Best-friend" aku dtg kursus


Lewat petang tadi, aku pegi jumpa “SAHABAT BAIK” aku kat KL Sentral sebab dia nak pinjam iron dari aku utk dia guna sepanjang dia berkursus kat INTAN Wilayah Tengah kat PJ. Mulanya aku teragak2 nak pegi jumpa dia sebab dia tak call aku langsung sebelum dia bertolak ke KL pagi tadi. Masa kat umah aku terfikir jugak betul ke dia nak jumpa aku ptg tadi. Aku teragak2 sama ada nak pegi ataupun tidak tetapi memandangkan dia nak pinjam iron aku, nak tak nak aku pun pegi la jumpa dia kat KL Sentral tanpa apa2 perasaan seperti sebelum2 ni.

Sampai jer kat KL Sentral, dia dah siap tunggu aku kat pintu keluar dan terus bawa aku ke kedai makan sebab dia dah lapar sangat termasuklah aku. Hehehe.... Masa berdua dengan dia, aku rasa macam bersalah sangat sebab orang yang aku jumpa dan kuar tu adalah kekasih orang walaupun dia merupakan sahabat aku. Kalaulah Kak Ila dan Eiyja tau yang aku jumpa dengan dia, mesti aku kena lecture lagi dengan diorang sebabnya aku tahu yang diorang berdua tu tak nak aku sedih dan terluka lagi dengan apa yang dah jadi setakat ni.

Tapi, selepas dari jumpa dia bulan lepas aku dapat rasakan yang hubungan kitaorang dah tak mesra macam sebelum dia kenal dengan perempuan tu. Nak kata aku cemburu..... of course aku cemburu, sakit hati dan macam2 lagi sebab dia tak berterus terang dengan aku masa dia baru2 kenal dan berkawan dengan perempuan tu. Segala perasaan yang timbul dalam diri aku membuatkan aku sedih sangat. Kalaulah benar aku ini adalah SAHABAT SEJATI seperti yang dia cakap pada aku, mesti dia akan berterus terang kan.. Hmmm..... mungkin telah tersurat yang dia bukan milik aku utk selamanya.

Biarlah pertemuan aku dan dia mulai dari hari ini sehingga dia pulang ke Kedah semula sebagai pertemuan yang tidak akan terjadi selepas dia pulang ke sana nanti. Aku berjanji dengan diri sendiri dan juga pada Kak Ila n Eiyja yang aku takkan pegi ke sana berjumpa dengannya lagi dan aku juga akan terus berdiam diri sampai dia terasa akan kehilangan aku. Biarlah aku dan dia membawa haluan masing2. Aku dah tak sanggup dan dah tak kuat utk menempuh segala2nya. Kenangan manis antara aku dan dia telah menjadi kenangan yang amat pahit dalam hidup aku.

No comments: