Saturday, May 03, 2008

Majlis Pembukaan Paralimpiad Malaysia



SeLaMaT dAtAnG ke MaJlIs PeMbUkAaN pArAlImPiAd

Lepas tengok adik aku kat Sabak Bernam, aku dgn mak n abah pegi ke Stadium Bukit Jalil untuk tengok Perasmian Sukan Paralimpiad. Masa kat dalam stadium tu, aku hampir2 pengsan tau. Nak tau nape?? Sebab aku kurang sihat dan malam tadi badan aku tetiba jer panas, tu sebab aku rasa macam nak pengsan masa tunggu perasmian tu bermula. Nasib baik ada mak n abah, dioarang terpaksa mencari dan membelikan aku makanan dan minuman untuk aku makan n minum memandangkan muka aku masa tu dah hampir2 pucat.


Ni baru jer sampai kat dalam Stadium Bukit Jalil

Muka2 bosan sebelum perasmian bermula

Lebih kurang jam 8.30 mlm baru acara bermula dan orang yang merasmikan Sukan Paralimpiad ni adalah ayah kepada bekas pelajar AF5, Dafi iaitu Dato’ Ismail Sabri bin Yaakob yang merupakan Menteri Belia dan Sukan. Majlis Perasmian Sukan Paralimpik ni dirasmikan dengan menggunakan letupan meriam sebagai simbolik perasmian.


Sekitar Majlis Perasmian Paralimpiad Malaysia

Sukan Paralimpiad ni disertai oleh semua Orang Kurang Upaya (OKU) dari semua negeri di Malaysia iaitu Selangor, Johor, Negeri Sembilan, Perak, Kedah, Kelantan, Terengganu, Sabah, Sarawak, Labuan, Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Pahang, Melaka dan Pulau Pinang. Pasukan dari Negeri Selangor dan Johor merupakan antara pasukan yang membawa paling ramai atlet utk menyertai acara2 sukan yang dipertandingkan.

Sebaik sahaja selesai perasmian, pihak penganjur telah membuat 100 cabutan bertuah yang telah dicabut terlebih dahulu sebelum majlis perasmian bermula. Nombor2 cabutan tu telah di paparkan di skrin besar stadium tapi sayang seribu kali sayang nombor tiket aku tiada dalam paparan kat skrin tu. Bila dah takde, kitaorang pun balik la sebab Pak Long aku tak sihat dan telah dimaksudkan ke hospital oleh abang aku masa kitaorang tgh tengok majlis perasmian td. Esok baru kitaorang pegi tengok dia kat Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang. Kesian Pak Long aku, semoga dia cepat sembuh dan sihat seperti sedia kala.

3 comments:

Anonymous said...

hey!
we were at the same event!

http://www.magicclickers.com/masterskill/paralimpiad-opening/

iman_kirana said...

Oic...tq for viewing my site...

Anonymous said...

obriens deciding unfortunate agrawal hectares capitalized successkey macroscopic uniformly glasses gathers
lolikneri havaqatsu