Friday, May 23, 2008

Kursus kat Suria Cherating, Kuantan

20-22/05/2008 Kursus Protokol kat Cherating, Kuantan

Selasa hingga Khamis lepas, aku, Pn. Noraini Kasim, Cik Julia dgn En. Mahadi dikehendaki menghadiri Kursus Protokol dan Etika Sosial anjuran PSM di Suria Cherating Beach Resort, Kuantan, Pahang. Mulanya aku tak pegi tapi disebabkan dah takde orang so aku pun pegi la.

20/05/2008 - Bertolak ke Kuantan
Ice breaking masa baru2 sampai

Jam 8.30 pagi, aku dan warga MOA yang kena pegi kursus kat Cherating menaiki bas yang disediakan. Mula2 aku ingat ramai la yang naik bas utk ke Cherating tetapi rupa2nya tak sampai separuh bas pun. Kebanyakkan mereka bawak keta sendiri. Nasib baik la aku diberitahu last minit, kalau tak aku pun bawak keta jugak. Hehehe... Kitaorang sume sampai kat tempat kursus lebih kurang jam 1.00 tghari dan terus makan pastu rehat. Kul 2.30 ptg kursus dimulakan dengan sesi ‘ice breaking’ sehingga jam 5.00 ptg dan aku n Pn. Noraini pun balik ke bilik kitaorang utk tido coz penat sangat. Hehehe... Kul 8.30 malam plak kuliah pertama dalam kursus protokol ni bermula dan habis jam 11.00 malam. Balik jer kat bilik selepas minum malam aku pun gosok la baju utk dipakai sepanjang kursus sebab aku tak bawak iron, nak gosok baju ni pun kena pinjam dgn Pn. Noraini coz kitaorang sebilik.

21/05/2008 – Jalan2 kat Pantai
Posing kat tepi laut dan sekitar hotel

Lepas habis kuliah jam 5.00 ptg tadi, kitaorang berdua (aku n Pn. Noraini) jalan2 kat tepi pantai yang terletak berhadapan dgn hotel. Pelbagai pose yang aku dan Pn. Noraini buat almaklumlah.... aku kat suka posing. Tak pasal2 Pn. Noraini pun terlibat dengan aku. Hehehe... Seronok sangat jalan2 kat tepi pantai sebab tak ramai orang dan aku pun amik la kesempatan berposing puas2 kat tepi pantai tu. Hehehe... Bila dah dekat nak Maghrib, kitaorang berdua terus ke tempat makan utk makan malam sebab utk kuliah kul 8.30 mlm nti kitaorang boleh pegi lambat sikit. Kalau la takde kelas waktu malam, confirm aku dah tido sebab letih dgr kuliah dari pagi sampai petang dan juga letih sebab jalan2 kat tepi pantai.

22/05/2008 – Balik ke Putrajaya
Posing dulu sebelum balik ke Putrajaya

Kat dalam bas MOA

Aku sampai kat umah kul 10.00 malam sebab keta tayar keta mak bocor kat area2 Shah Alam masa on the way nak balik lepas amik aku kat opis. Masa nak balik tadi, aircond bas rosak kejap masa kitaorang sume tengah sibuk beli satar. Tapi, nasib baik kejap jer, kalau tak sampai kat Putrajaya la kitaorang kat dalam bas berpeluh sebab panas. Sampai kat Plaza Tol Gombak, hujan turun la plak. Nasib baik aircond bas dah okay kalau tak confirm bas dah banjir sebab bumbung bas terbuka. Hehehe... Ape2 pun best sangat kursus tu dan hopefully aku dapat attend lagi kursus camni pada masa akan datang.

No comments: