Pejam celik pejam celik arini dah sampai pun penghujung tahun 2009 dan esok bermula tahun 2010. Alhamdulillah..... Aku bersyukur sangat sbb sepanjang tahun 2009 nih banyak sangat perkara yg menggembirakan berbanding perkara yang menyedihkan.
Berkat doa kengkawan dan especially dari kaum keluarga, akhirnya di tahun 2009 nih aku sudah bergelar tunangan orang dan Insyaallah di tahun 2010 nanti aku akan bergelar seorang isteri plak. Rasa macam tak percaya yang aku kini bergelar tunangan orang dan aku amat2 berterima kasih pada Kak Ila dan suaminya, Abg Rizal sbb memperkenalkan aku dengan tunang aku.
Cuma raya tahun ni aku rasa sedih sedikit sbb tak dpt beraya dengan arwah Incik dan arwah Ucu sbb diorang dah meninggal dunia pd tahun 2008. Al-Fatihah utk kedua2 arwah..... Rasa sedih jgk sbb kedua2 arwah nih mmg amat rapat dgn aku dan masa aku bertunang aritu mereka tiada di sisi. Semoga mereka ditempatkan dikalangan org2 yg beriman. Amin....
Kegembiraan dan kesedihan ini memang menjadi lumrah bagi aku pd tahun 2009 dan semoga kegembiraan yang aku perolehi tahun ni akan berkekalan pd 2010 dan kesedihan itu akan terus berlalu tanpa menyinggah lg dlm kehidupan aku buat selamanya....